PENYANYI Nourul Depp menegur tindakan segelintir netizen yang mudah mempercayai berita tidak benar di media sosial. Kata Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 47, ini selepas dia menerima beberapa pertanyaan daripada pengikut yang mahu mengetahui kesahihan berita kononnya dia dan suami sudah bercerai. "Mesej daripada seorang pengikut di FB (Facebook) Ya Allah, dari mana pula datangnya kisah ini. Hubungan Nourul dan suami dalam keadaan baik sahaja. "Tips untuk semua, tolonglah jangan baca berita yang tidak masuk akal di blog atau dari sumber yang tidak sah atau tidak boleh dipercayai. "Jika anda suka gosip, memang anda hanya akan baca gosip sahaja," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Nourul berpendapat adalah lebih baik sekiranya netizen membaca bahan berilmiah berbanding mengambil tahu perkara yang tidak membawa manfaat kepada mereka. Malah dia turut bengang dengan tindakan individu yang menabur fitnah terhadap status rumah tangganya. ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab bertengkar dengan suami gara-gara isu selisih faham anak... “Dia nasihat minta saya bersabar” ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Wahab Sah Jadi Isteri Eric Depp "Daripada itu, lebih baik baca kisah sejarah dunia atau buku-buku pembangunan diri. Sekurang-kurangnya ia memberi ilmu kepada anda. Baca kisah kejayaan orang lain, bukan kisah manusia yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada anda. "Apalah mereka ini. Tak faham saya. Kepada pembawa cerita yang bukan-bukan hingga menjurus kepada fitnah, sedarlah. Kamu takkan ke mana pun. Bila mati nanti, baru nak menyesal jika tidak diampunkan. "Ada tak undang-undang penjara seumur hidup untuk manusia seperti ini? Mereka ini lebih berbahaya kepada manusia lain dan di akhirat. Geram pula saya," ujarnya. Sementara itu, Nourul dalan hantaran lain berkata, dia tidak akan memaafkan individu yang mereka-reka cerita dan melakukan fitnah terhadap rumah tangganya itu. "Kalau kata bodoh, marah. Tapi asyik sebarkan cerita yang entah apa-apa. Yang bertanya tu pun, nak kata benak, taklah. Tapi masih bertanya. Patutnya periksa dulu. Kalau dah rajin nak sibuk hal orang, pergilah periksa betul-betul dulu. Soalan yang diajukan seorang pengguna Facebook kepada Nourul. "Tak tahu nak kata apa dah kepada penyebar fitnah ni. Maaf ya. Saya takkan maafkan orang macam ini. Sebab saya tak kacau hidup mereka. Saya tak sakitkan hati mereka. Kenapa mesti kacau saya dan sakitkan hati saya? "Dosa sesama manusia, dibawa ke mati kalau tak diampunkan. Mereka ini semua lebih alim daripada saya, tapi masih juga seronok buat fitnah. Solat semua untuk apa tak tahu. "Bukan untuk jaga diri supaya tak fitnah, tak mengumpat, jaga diri dari mengata dan ingatkan kita ajaran yang sihat dalam agama?" tulisnya. Untuk rekod, Nourul permah mendirikan rumah tangga bersama composer Ajai pada 1996 dan namun bercerai pada tahun 2006 Kemudian Nourul mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suami, Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!