suria

Uqasha Senrose dedah sikap sebenar bekas pembantu, masuk bilik dan sesuka hati pakai baju tidurnya... “Ini balasan dia pada saya?”

Uqasha tampil bersihkan nama selepas bekas PA didakwa fitnah dan buka aibnya.

PELAKON Uqasha Senrose tampil mendedahkan sikap sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa sudah memfitnah serta membuka aib dirinya.

Menurut Uqasha atau Nik Zaris Nik Sen, 32, dia mempunyai bukti kukuh bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan.

"Setelah beberapa orang buang awak (bekas pembantu peribadi) kerja, saya ambil awak bekerja tanpa bertanya sejarah awak. Layan dengan baik siap duduk rumah macam rumah sendiri. Ada bukti perbualan tapi tidak mahu memalukan dia.

553 (16)

Uqasha dedah perangai sebenar bekas pembantu peribadi.

"Dari bulan Oktober sampai bulan Jun saya tiada penggambaran pun tapi gaji bulanan tetap beri tanpa dipotong tapi sebab terlalu selesa ni balasan dia pada saya?

"Dia ingat fitnah dan aib yang cuba buat dia buat sekarang ni akan berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti," katanya.

Uqasha mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instastory pada Isnin.

Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi perangai bekas pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke bilik tidur serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose bukan artis wanita pukul pembantu peribadi - “Ingat saya gangster sangat?”

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres popular bengang pergolakan rumah tangga didedah kepada ibu, pembantu peribadi dapat habuan penumbuk

Malah wanita berkenaan kerap mengadu domba mengenai bekas majikan terdahulu kerana mahu meraih simpatinya.

"Pertama sekali masuk bilik tidur peribadi saya tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam tu pun saya tak tahu. Dah ada pembantu rumah kemaskan bilik saya kenapa dia juga nak masuk kemas bilik saya?

"Tambah pula dia main pakai baju tidur saya sesuka hati? Perangai kampung mana ni?

"Selepas itu mula mengadu domba bekas majikan tolak daripada ambil dia bekerja," jelasnya.

size NP 1 - 2024-08-26T141323.210

Perkongsian pendedahan Uqasha di Instastory miliknya.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Bagaimanapun Uqasha menafikan perkara itu dan berkata dia tidak akan tergamak melakukan perbuatan sebegitu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain