suria

Wanita buat pendedahan dakwa diganggu Da’i Syed ketika isteri hamil

Wanita itu mendakwa Da'i Syed mendesak untuk menghubunginya.

BELUM pun reda isu Da'i Syed didapati bersalah merogol seorang wanita, muncul seorang individu mendakwa pernah diganggu pendakwah selebriti berkenaan.

Apa menarik perhatian, individu tersebut mendakwa Syed melakukan gangguan terhadapnya ketika isterinya iaitu pengacara Hana Ismail sarat mengandung.

Lebih parah, dakwa wanita itu Syed sudah mengetahui dia telah berkahwin dan mempunyai anak namun tetap mengajaknya berbual menerusi telefon.

"Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak dan pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil.

Copy of Untitled (99)

Wanita itu berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Thread.

"Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan 'jom call', 'nak call' (saya tak pernah angkat tau bercakap dengan dia melalui telefon)," katanya.

Wanita itu menulis perkara berkenaan menerusi hantaran di laman Thread pada malam Sabtu.

Dalam perkongsian tersebut wanita itu turut memaparkan tangkap layar perbualan secara mesej terus (DM) antara dia dan Syed di Instagram.

Pada awalnya kata wanita itu dia hanya menyangka Syed menghubunginya atas dasar mahu mendapatkan nasihat guaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merogol... Isteri sedang berpantang menangis dengar keputusan

ARTIKEL BERKAITAN: Keadilan sudah ditegakkan, rakan pendakwah minta henti kecam Da'i Syed - “Kasihanilah isteri dan anaknya”

Bagaimanapun lama-kelamaan, perbualan mereka bertukar ke arah lain apabila Syed mengajak wanita itu menemaninya ke luar negara

"Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang saja tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan.

"Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petujuk," jelasnya.

Sementara itu, wanita tersebut meluahkan rasa kasihan terhadap nasib menimpa Hana dan anaknya yang bahari dilahirkan.

2637779

Syed didakwa melakukan gangguan itu ketika isterinya sedang sarat mengandung.

"Kasihan kepada isterinya, tak akan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini," luahnya.

Jumaat lalu, Syed atau Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebah kondominium lima tahun lalu.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 14 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain