suria

Wiwi Darvida mohon maaf secara terbuka... Janji tidak ulangi kesilapan terhadap Puteri Sarah

Puteri Sarah dan Wiwi selesaikan kes saman secara baik di luar mahkamah.

KES saman melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan berakhir apabila kedua-dua bersetuju menyelesaikan secara baik di luar mahkamah.

Selain tampil memohon maaf di hadapan hakim, Wiwi juga diminta untuk berbuat demikian secara terbuka di laman sosial miliknya untuk tatapan umum.

Menerusi kenyataan yang dibuat di Instagam, Wiwi juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

wiwi 1

Kenyataan maaf Wiwi.

"Dengan suci hati dan rendah hati saya menarik balik dan memohon maaf kepada Puteri Sarah Liyana atas kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap beliau.

"Saya memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan sedemikian di masa akan datang," katanya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas selesai prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kes saman Puteri Sarah dan bekas kakak ipar Ira Kazar selesai luar mahkamah, mohon maaf secara terbuka depan hakim

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas kakak ipar Ira Kazar kesal, tak mampu bayar ganti rugi... Puteri Sarah jawab gelaran ‘ratu mahkamah’

Malah dia sekali turut menjelaskan perselisihan antara mereka telah diselesaikan secara baik.

"Turut sya nyatakan di sini bahawa salah faham di antar pihak-pihak telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah," ujarnya.

sarah 12

Puteri Sarah dan Wiwi ketika hadir di mahkamah pada Jumaat.

Pada prosiding yang berlangsung Wiwi juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 meliputi kos keseluruhan kes.

Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Wiwi pada 30 Ogos tahun lalu atas kenyataan yang tidak wajar terhadap dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain