suria

Kes gaduh atas jalan sudah selesai, Hafiz Suip dan ‘uncle’ saling bermaafan

Hafiz berdamai selepas bergaduh dengan seorang lelaki.

SUSULAN tular video pergaduhan di atas jalan raya, penyanyi Hafiz Suip dan lelaki terlibat dilihat telah menyelesaikan salah faham antara mereka secara baik.

Dalam rakaman video yang dikongsi oleh rakannya dikenali sebagai Uthman Daud, penyanyi itu sudah bersemuka dengan lelaki berkenaan dan bersalaman memohon maaf.

Malah Hafiz juga mengakui kesilapan sendiri atas kejadian yang berlaku.

hafiz 3

Hafiz dan lelaki berkenaan bersalaman dan bermaafan.

"Saya marah uncle. Saya mengaku saya juga ada buat salah. Saya minta maaf," katanya kepada lelaki berkenaan.

Dalam video berkenaan, mereka dilihat bersalaman dan berpelukan.

"Alhamdulillah... berdamai lebih baik dan masing-masing mengaku kekhilafan sesama sendiri," kata Uthman dalam perkongsiannya di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip bertumbuk atas jalan, rakan tampil cerita punca pergaduhan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafiz Suip penat jadi artis hipokrit, geram komen melampau netizen tuduh ambil barang terlarang

Malah, dia turut berkongsi foto Hafiz bersama individu berkenaan.

Pada petang Jumaat, tular video menunjukkan Hafiz bergaduh dengan lelaki berkenaan dan kejadian dipercayai berlaku di Sarawak.

Uthman sebelum ini menjelaskan kejadian berpunca daripada provokasi sehingga mendorong Hafiz bertindak kasar terhadap lelaki berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain