suria

[V] Diana Danielle dan Farid Kamil belum daftar rujuk, perbalahan berpanjangan punca mahu cerai

SELAIN memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil, pelakon Diana Danielle turut membuat permohonan pengesahan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

Peguam Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pasangan tersebut masih belum memfailkan permohonan berkenaan selepas kembali rujuk pada 9 September tahun lalu.

“Sebentar tadi kita failkan dua perkara iaitu rujuk dan diikuti permohonan cerai.

TOP diana - 1

Diana ketika hadir di mahkamah pada Isnin.

“Permohonan rujuk belum lagi didaftarkan selepas mereka dikatakan sudah kembali bersama pada 9 September tahun lalu,” katanya kepada mStar.

Akberdin memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ditanya mengenai adakah bakal dikenakan sebarang denda atau tindakan kerana lewat memfailkan rujuk, Akberdin memaklumkan perkara tersebut tidak akan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle fail cerai pagi ini, harap kes rumah tangga dengan Farid Kamil segera selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk pun dan tak jalan! Diana anggap Farid kejam jika sukarkan proses cerai... Bakar surat cinta suami

“Mereka kena daftar rujuk dahulu baru boleh teruskan kepada perceraian. Kalau lambat (fail rujuk) pun, tidak ada masalah. Mereka tidak kena denda,” ujarnya.

Jelas Akberdin, sebutan pertama bagi kedua-dua proses yang didahului dengan permohonan pengesahan rujuk akan disebut pada 20 November ini.

Mengenai proses cerai pula, Akberdin memaklumkan anak guamnya iaitu Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, nekad untuk berpisah.

Shiqaq berpanjangan yang tidak boleh dibaiki

DATUK AKBERDIN ABDUL KADER

PEGUAM

Ini kerana mereka berdua sudah tidak boleh bersama kerana Shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan dan sudah tiada persefahaman.

“Mereka tidak boleh hidup bersama, sudah tiada persefahaman. Shiqaq berpanjangan yang tidak boleh dibaiki.

“Kalau tidak setuju cerai, kita akan terus ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

diana2 - 1

Diana harap proses penceraian dapat berjalan lancar.

Akberdin juga memaklumkan pasangan tersebut juga sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan kenyataan Diana gagal selepas aktress tersebut hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi.

Untuk rekod pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

553 (16)

Diana dan Farid perlu sahkan mereka kembali rujuk di mahkamah.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain