suria

[V] Tiada faedah bincang kes cerai, Diana Danielle kekal pendirian enggan ulas isu rumah tangga dengan Farid Kamil

PELAKON Diana Danielle 'membisu' selepas memfailkan penceraian terhadap Farid Kamil pada pagi Isnin kerana tidak mahu lagi mengulas berkenaan isu rumah tangganya.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia tidak melihat sebarang faedah untuk mengulas lanjut mengenai isu penceraiannya dan kenyataan ringkas berhubung perkara itu sudah memadai.

"Izinkan saya jelaskan, saya telah dipanggil oleh peguam ke mahkamah hari ini untuk menyelesaikan dokumen yang diperlukan bagi kes rujuk dan penceraian.

"Dalam perjalanan ke dewan, saya memberikan respon ringkas kepada rakan media yang saya percaya sudah memadai.

Perkongsian Diana yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Diana yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Sebaik sahaja saya menyelesaikan apa yang ingin saya capai, saya tidak melihat faedah untuk membincangkan perkara itu (penceraian) dengan lebih lanjut," katanya.

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instastory miliknya.

Diana ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Isnin hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi tanpa menjawab soalan diajukan kepadanya.

Dalam pada itu, Diana memberitahu dia hanya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan pengakhiran yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle dan Farid Kamil belum daftar rujuk, perbalahan berpanjangan punca mahu cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle fail cerai pagi ini, harap kes rumah tangga dengan Farid Kamil segera selesai

Tambah aktres berkenaan, dia akan mengekalkan pendirian untuk tidak mengulas lanjut tentang kisah rumah tangganya selepas ini.

Malah peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader sudah menjawab semua soalan diajukan pihak media dengan baik.

"Peguam saya sudah memberikan semua jawapan yang relevan kepada media. Dengan itu, saya memilih untuk meninggalkan mahkamah kerana tujuan saya ke sana sudah tercapai.

"Saya datang ke mahkamah untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan dan saya tidak nampak sebab untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut.

"Satu perkara yang jelas, saya mencari jalan untuk bercerai tanpa sebarang gangguan luar. Saya akan kekalkan pendirian sehingga kes cerai ini selesai," ujarnya

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu akan memfailkan cerai terhadap Farid selepas setahun kembali rujuk.

diana2 - 1

Diana hanya mendiamkan diri ketika diaju soalan oleh rakan media.

Bagaimanapun, Farid menjelaskan rumah tangga mereka dalam keadaan baik dan hanya berlaku salah faham kecil dan mereka masih berhubung seperti biasa.

Diana bagaimanapun menafikan perkara itu malah menegaskan sudah menghantar notis pindah rumah kepada Farid menerusi WhatsApp.

Untuk rekod, Farid dan Diana bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain