PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin. Menerusi rakaman video tular di media sosial, kesemua suspek meninggalkan Balai Polis Sungai Golok sekitar pukul 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis. Semua suspek dilihat dibawa keluar daripada balai polis dengan tangan mereka digari dan memakai pelitup muka. Enam rakyat Malaysia ditahan di Selatan Thailand kerana mempunyai 6,000 biji pil kuda. Mereka juga dikawal ketat oleh polis yang memakai pakaian kalis peluru ketika dibawa masuk ke dalam trak. Difahamkan, seramai 50 anggota keluarga dan rakan-rakan suspek menunggu di luar balai polis berkenaan sejak pukul 9 pagi. Apa yang lebih mengharukan, kedengaran suara tangisan seorang wanita memberikan kata-kata semangat untuk suspek terus kuat berdepan dengan ujian ini. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita Kelantan positif dadah, bakal direman bersama 5 rakan bantu siasatan penemuan 6,000 pil kuda ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik, Misha Omar bukan penyanyi wanita Kelantan ditahan polis bersama pil kuda Pada Sabtu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand. Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi itu mereka yang ditahan sedang berehat di dalam bilik. Selepas siasatan dijalankan, jurucakap polis memberitahu kesemua suspek didapati positif dadah dan akan mendapatkan perintah reman terhadap keenam-enam individu tersebut di sebuah mahkamah di Narathiwat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!