suria

[V] Fattah Amin terima ‘LOD’ daripada Fazura, serah pada peguam untuk jawab

PELAKON Fattah Amin mengesahkan ada menerima surat tuntutan atau LOD daripada bekas isterinya yang juga aktres Nur Fazura.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci kandungan LOD diterima daripada Fazura kerana menganggap ia peribadi.

"Betul saya ada terima LOD rasanya bulan lalu. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar.

NP (57)

Fattah serah pada peguam tentang surat tuntutan daripada Fazura.

"Itu adalah peribadi, saya tak boleh kongsi," katanya kepada mStar.

Fattah mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media bersama Usanita Entertainment di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk menjawab LOD dihantar kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura dapat hak jaga anak, Fattah Amin boleh jumpa 3 kali seminggu

"Saya serahkan kepada peguam untuk menjawab," katanya ringkas.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Fattah dan Fazura bercerai pada 7 Oktober lalu.

Fattah dan Fazura bercerai pada 7 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Fattah dan pelakon Sophia Albarakbah diberi tanggungjawab sebagai wajah mempromosikan Usanita Entertainment.

Sebagai permulaan, kedua-dua pelakon itu bakal tampil dalam sebuah drama Aku Cinta Dia sebagai salah satu langkah mempromosikan produk usahawan di bawah naungan syarikat tersebut.

Aku Cinta Dia tersebut turut mendapat sentuhan Erma Fatima sebagai pengarahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain