suria

Polis siasat dakwaan Zamaera dirakam secara rahsia, tiada bukti dijumpai

Polis dapati tiada video yang tidak sesuai dirakam ketika serbuan dijalankan.

TIADA pegawai agensi penguat kuasa didapati membuat sebarang rakaman tidak senonoh ketika serbuah di sebuah pusat urut di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

Ia susulan penyanyi rap Zamaera yang mendakwa dia dirakam secara rahsia semasa sedang mengurut dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya memakai tuala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasukan serbuan sebaliknya telah diprovokasi dan Zamaera gagal mematuhi arahan apabila diminta menunjukkan pengenalan diri.

NP (29)

Zamaera dakwa dirinya dirakam secara rahsia.

"Siasatan menunjukkan bahawa pengadu (yang merupakan sebahagian daripada pasukan serbuan) dan penguat kuasa lain diprovokasi oleh Zamaera dan dia menggunakan telefonnya untuk merakam mereka semasa serbuan dibuat.

"Kedua-dua pengadu dan Zamaera kemudian memeriksa telefon penguat kuasa yang didakwa merakamnya dan mendapati tiada gambar atau video seperti didakwa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kedua-dua pengadu dan Zamaera telah membuat laporan polis selepas insiden tersebut tular di media sosial.

ACP Wan Azlan berkata siasatan lengkap akan dijalankan ke atas kedua-dua laporan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dirakam tanpa pakaian, penyanyi rap Zamaera bengang privasi diganggu semasa berada di pusat urut

ARTIKEL BERKAITAN: Zamaera lebih terbuka, ‘Big Fish’ karya keluar dari zon selesa sebagai artis indie

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186/ 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, Zamaera atau Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros, 28, mendakwa dia dirakam secara rahsia dalam serbuan tersebut ketika dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya memakai tuala.

Zamaera memberitahu selepas dia mempertikaikan tindakan pegawai berkenaan, mereka menafikan perbuatan itu serta memaklumkan tiada rakaman video dibuat walaupun melihat dia dirakam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain