suria

Penyanyi dialek Kelantan terima layanan baik, cerita buruk mengenai Penjara Narathiwat tidak benar

Penyanyi asal Kelantan mendedahkan dia menerima layanan baik di penjara Narathiwat.

SUSULAN tular cerita kononnya Penjara Narathiwat memberikan layanan buruk kepada tahanan, penyanyi dialek Kelantan yang kini berada di penjara itu menafikan dakwaan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berkenaan memberitahu dia dan dua lagi rakan menerima layanan baik sepanjang berada dalam penjara itu.

Malah mereka turut diberikan kebebasan untuk menunaikan ibadah mengikut ajaran Islam.

"Saya ingin katakan berita mengenai Penjara Narathiwat yang tular di media sosial tidak benar. Banduan Malaysia di sini dilayan sama seperti banduan lain.

Enam suspek ditahan di penjara Narathiwat.

Enam suspek ditahan di penjara Narathiwat.

"Saya dan rakan-rakan saya berada dalam keadaan baik di sini. Sebagai umat Islam, kami bebas untuk melaksanakan kewajipan kami.

"Selain melakukan solat harian, kami juga dibenarkan melakukan solat khas setiap hari," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga menitipkan pesan buat rakan-rakan dan keluarga agar terus mendoakan keselamatan mereka sepanjang berada dalam tahanan.

"Kami berharap ahli keluarga kami akan terus berdoa untuk kami supaya Allah melindungi kami," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi dialek Kelantan tolak tawaran peguam Thailand, keluarga tak mampu bayar kos RM1 juta

Sementara itu, penyanyi berusia 29 tahun ini turut meminta peminatnya agar tidak mempercayai semua berita buruk yang tular mengenai dirinya.

Malah dia berharap agar kehadirannya dalam industri hiburan selepas ini masih diterima ramai.

"Saya berharap akan ada keajaiban yang berlaku kepada saya," katanya.

Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.

Suspek ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok.

Suspek ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok.

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain