TIDAK mampu membayar kos guaman lebih RM1 juta, penyanyi Kelantan yang ditahan di Penjara Narathiwat mendedahkan keluarganya terpaksa menolak tawaran khidmat peguam negara berkenaan. Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berkenaan memberitahu dia ditawarkan oleh dua peguam dari Thailand yah mahu mengendalikan kes itu dengan bayaran 10 juta baht (lebih RM1 juta). Kata penyanyi itu lagi, dia sedar ramai pihak mahu mengambil kesempatan di atas situasi yang dihadapinya namun terpaksa akur kerana keluarganya tidak berkemampuan untuk membayar kos guaman tinggi. Suspek ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok. "Saya dimaklumkan oleh keluarga dua peguam dari sini (Thailand) menawarkan khidmat mereka untuk mengambil kes saya, tetapi setiap seorang meminta saya membayar 10 juta baht (lebih RM1 juta). "Keluarga saya tidak mampu untuk membayar yuran itu dan menolak tawaran mereka dengan baik. "Saya sedar ramai yang cuba mengambil kesempatan atas keadaan saya, tetapi keluarga saya tidak mampu untuk membayarnya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Perjalanan diiringi tangisan... Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri Dalam pada itu, penyanyi berusia 29 tahun itu turut memberitahu keluarganya kini sedang berusaha mengupah peguam lain dari Thailand. "Keluarga saya kini sedang mengumpulkan wang untuk membayar peguam," ujarnya. Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand. Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. Suspek mula direman sejak 4 November lalu. Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan. Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu. Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!