suria

Along Cham tiba di Mahkamah Sepang, bakal berdepan pertuduhan berkaitan dadah

Along (kanan) berdepan pertuduhan berkaitan dadah.

PELAWAK Along Cham tiba di Mahkamah Sepang, Selangor bagi berdepan pertuduhan berkaitan dadah pada pukul 9.05 pagi, Jumaat.

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dilihat tiba menaiki kenderaan polis dan memakai baju lokap berwarna jingga sambil menutup kepalanya dengan kain berwarna kelabu.

Turut hadir pada prosiding berkenaan ialah isterinya Afreena Suhaimi, 32, yang mengenakan baju kemeja putih dan berseluar jean sambil ditemani peguam, Mohd Fadly Hashim.

along1

Along dikelilingi oleh pihak media yang membuat liputan di Mahkamah Sepang.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket dadah jenis ganja.

Serbuan dilakukan sekitar pukul 3.10 petang dan hasil ujian saringan air kencing selebriti berusia 41 tahun itu positif dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ditahan bersama ganja, ujian air kencing positif

ARTIKEL BERKAITAN: Disyaki miliki ganja, Along Cham direman 5 hari

Polis turut menemukan dua paket lutsinar yang satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain