suria

[V] Farid Kamil tak zalim terhadap isteri, yakin Diana Danielle masih sayang

KETIKA isterinya Diana Danielle tetap pendirian untuk berpisah, pelakon Farid Kamil pula beranggapan rumah tangga mereka masih ada sinar dan boleh diselamatkan.

Malah Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, yakin bahawa isterinya itu masih mempunyai perasaan sayang dan cinta terhadap dirinya.

"Alhamdulillah kasih sayang tidak boleh dijual beli. Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya, perjuangan mesti diteruskan.

"Perasaan sayang dan kasih Diana itu orang lain tak boleh rasa, hanya saya yang rasa. Kasih sayang itu masih kuat dan berlangsung," katanya kepda mStar.

farid1 - 1

Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid memaklumkan perkara tersebut selepas sebutan pertama prosiding permohonan cerai yang difailkan Diana di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, Farid menjelaskan tiada sebarang unsur penindasan terhadap Diana dan dia hanya mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.

Malah, aktor itu juga tidak bersetuju bahawa melengah-lengahkan perceraian adalah satu perbuatan zalim terhadap isteri.

"Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada hemat saya perkahwinan kami dirahmati dan saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir sebutan kes cerai... Diana Danielle tak letak harapan, Farid pula anggap hari terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepaskan, jangan zalimi saya!” - Diana Danielle anggap tindakan Farid tak mahu lafaz cerai memualkan

"Perkataan zalim itu perkataan yang besar dan hanya holeh diterjemahkan di mahkamah. Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul.

"Itu adalah prosesnya, tiada unsur penindasan sebab Malaysia sebuah negara yang sangat madani ada sistem mahkamah, peraturan kaunselor syariah yang boleh menasihati bukan pecah belahkan,” ujarnya.

Terdahulu, proses perceraian pasangan itu akan disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) memandangkan Farid enggan melafazkan cerai.

Sebutan semula kes tersebut bakal bersambung pada 24 Mac depan.

farid4 - 1

Diana mahu Farid melepaskannya.

Pada 20 November lalu, peguam mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan Farid masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.

Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain