TIDAK sanggup melihat situasi sedang dilalui Along Cham, isterinya iaitu Afreena Suhaimi berkata dia akan terus berjuang mempertahankan suaminya itu. Memahami perasaan Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, Afreena, 32, berjanji akan membantu mencari jalan keluar untuk membebaskan suaminya itu. “Saya nak orang tahu, Along Cham tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa jua keadaan. “Saya akan berjuang dengan dia dan akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang nak lihat suami dia jatuh dan dalam kesakitan. Afreena (tengah) setia berada di mahkamah sepanjang prosiding dijalankan. “Biy (panggilan Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama,” katanya kepada mStar. Afreena berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Jumaat. Dalam pada itu, Afreena mengakui berasa tertekan dengan situasi yang dihadapi, namun akan terus kuat mengharungi ujian itu demi anak-anak mereka. "Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini tetapi saya perlu kuat untuk anak-anak. ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham tiba di Mahkamah Sepang, bakal berdepan pertuduhan berkaitan dadah ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham mengaku tak bersalah miliki ganja, tidak dibenarkan ikat jamin "Macam mana sekali pun saya perlu jalani situasi ini," ujarnya. Sementara itu, peguam yang mewakili pelawak berkenaan iaitu Mohd Fadly Hashim menyifatkan anak guamnya itu sebagai individu yang kuat. Kata Fadly, dia tidak menolak sekiranya ada unsur penganiayaan memandangkan Along baharu sahaja berpindah di kediaman yang terletak di Cyberjaya itu. "Dia seorang yang kuat dan saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu dia kendalikan kes ini. Saya akan berjuang dengan dia dan akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang nak lihat suami dia jatuh dan dalam kesakitan. AFREENA SUHAIMI ISTERI ALONG CHAM "Tak tahu ada orang aniaya ke apa sebab Along baru sahaja tinggal dekat rumah tu dan tiada orang tahu, jadi agak meragukan," jelasnya. Sebelum itu, Along mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada Jumaat atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja anggaran berat 58.23 gram. Along membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman. Mengikut pertuduhan, pelawak berkenaan didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis di sebuah kediaman di Cyberjaya, Selangor pada pukul 3.10 petang, 14 Disember lalu. Fadly berusaha membantu menggendalikan kes Along dengan baik. Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan sebat maksimum 10 sebatan. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan. Along bagaimanapun merayu jaminan, namun hakim tidak membenarkan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube