suria

‘Ika’ mengaku tidak bersalah tipu isteri Along Cham lebih RM100,000

Nursyafiqah (kiri) mengaku tidak bersalah tipu isteri Along.

SEORANG wanita mengaku tidak bersalah atas dakwaan menipu isteri pelawak Along Cham membabitkan wang berjumlah RM105,380 pada hujung tahun lalu.

Nursyafiqah Hermansah, 28, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor pada pagi Khamis.

Mengikut pertuduhan, Nursyafiqah didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, dengan memperdayakannya bagi menjamin keluar dan menurunkan seksyen pertuduhan kes berkaitan dadah membabitkan suaminya.

afreena 1

Afeena membuat laporan polis pada 29 Januari.

Perbuatan itu menyebabkan mangsa membayar wang kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza sebanyak RM105,380 dengan harapan dapat membantu kes melibatkan Along.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak di Bangi Gateway, Seksyen 15, di sini pada pukul 6.06 petang, 22 Disember 2024 hingga jam 1.24 petang, 14 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sepasang suami isteri ditahan kes tipu wang isteri Along Cham

ARTIKEL BERKAITAN: Drama makin panjang! Isteri Along Cham pula buat laporan polis, dakwa sudah salur RM95,180 kepada seorang wanita

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 21 Mac depan.

Pada 29 Januari lalu, Afreena membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa penipuan seorang wantia dikenali sebagai Ika.

TOP  feena - 1

Along dakwa isteri seleweng duit.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek pada hari sama di Salak Tinggi, Sepang.

Afreena mendakwa dia menyerahkan wang sebanyak RM95,180 kepada wanita terbabit bagi membantu dalam menyelesaikan kes Along.

Isu tersebut menjadi bualan ramai apabila Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Along mendakwa lagi wang sumbangan itu sepatutnya digunakan untuk membantunya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain