suria

Nama ‘dipetik’ ditangkap khalwat dengan suami orang, Thalia Mentor menggigil baca komen fitnah

Mental Thalia terganggu selepas dituduh ditangkap khalwat dengan suami orang.

TAMPIL membersihkan nama, bekas peserta program Mentor 4 Thalia Rasul bukan penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama seorang lelaki berstatus suami orang baru-baru ini.

Thalia atau Ketty Natalia Rasul, 37, berkata, tangannya menggigil apabila membaca komen yang mengaitkan dia sebagai penyanyi wanita dicekup dalam serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Saya bersuara di Instagram sebab terlalu ramai melemparkan komen buruk terhadap saya.

NP - 2025-02-13T200511.967

Thalia hampir alami kemurungan selepas membaca komen buruk dilemparkan terhadapnya.

"Tangan saya menggigil apabila membaca komen buruk orang memfitnah saya.

"Saya pula sebelum ini memang ada masalah kemurungan dan disebabkan fitnah, masalah itu hampir kembali," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Thalia mengulas perkara itu selepas namanya turut didakwa bersekududukan dengan lelaki berstatus suami orang sehingga ditangkap khalwat.

Penyanyi itu turut memaklumkan sudah melantik peguam susulan pelbagai komen-komen berbaur fitnah dilemparkan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Thalia Mentor melecur kena kuah laksa, anggap penghapus dosa-dosa kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas macam nak mati, Thalia sakit kena buatan orang... Akhirnya berjaya jejak kaki ke AS

Tegas Thalia, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu semakin berleluasa.

Dalam pada itu, Thalia memberitahu fitnah itu turut memberi kesan kepada anak perempuannya iaitu Keysha Lestari, 12, yang menangis membaca komen dilemparkan kepadanya.

Disebabkan itu dia terpaksa bersuara di media sosial demi membersihkan kembali namanya yang sudah tercalar.

Tangan saya menggigil apabila membaca komen buruk orang memfitnah saya.

THALIA MENTOR

PENYANYI

"Anak saya menangis selepas baca perkara buruk membabitkan nama saya.

"Sebagai ibu saya tak suka lihat anak saya sedih, kerana itu saya terpaksa bersuara di Instagram," jelasnya.

Pada Rabu, kecoh di media sosial seorang penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama seorang lelaki berstatus suami orang pada malam Selasa lalu.

NP - 2025-02-13T200425.081

Thalia sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan kepada pemfitnah.

Gara-gara itu ramai netizen membuat andaian Thalia ialah wanita berkenaan.

Sebelum itu nama penyanyi Nadeera Zaini turut dikaitkan sebagai individu dicekup namun dinafikan pengurusnya dalam satu kenyataan kepada media.

Malah Jais turut mengesahkan Nadeera bukan penyanyi wanita yang ditahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain