PELBAGAI reaksi timbul apabila isu lelaki berpakaian menyerupai wanita hadir pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada Ahad lalu.
Biarpun ramai meletakkan kesalahan itu kepada pihak penganjur iaitu TV3 sebagai penyiar, namun sebenarnya stesen berkenaan sudahpun mengeluarkan 10 terma dan syarat termasuk etika pemakaian sebelum hadir pada acara berprestij berkenaan.
Syarat dan terma itu telah ditulis pada bahagian belakang tiket bagi mereka yang mahu menghadiri acara itu di Axiata Arena, Bukti Jalil, Kuala Lumpur.
Tema glam yang ditetapkan pada acara itu turut menggariskan syarat iaitu penonton perlu mengelak mengenakan pakaian mendedahkan atau berbentuk provokatif.
Bahagian belakang tiket jelas tentang garis panduan yang perlu dipatuhi.
Terma juga dalam masa sama mengingatkan agar penonton mematuhi kod pakaian mengikut jantina.
"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu jika penonton yang hadir membaca terma ditetapkan oleh penganjur.
"Terang-terang mengenai kod etika pemakaian mengikut jantina sudah dinyatakan di bahagian belakang tiket," antara komen netizen.
Sebelum itu, seorang pengguna TikTok berkongsi mengenai terma dan syarat pada tiket AJL39 tentang etika pemakaian ke acara tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu lelaki menyerupai wanita di AJL39, TV3 mohon maaf janji perkara sama tidak akan berulang
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hadir acara pakai fesyen feminin dianggap melampaui batas, tak patut dinormalisasi
Justeru individu berkenaan berpendapat tetamu yang hadir seharusnya lebih peka dan faham setiap terma sebelum muncul pada acara berkenaan.
Sekalipun mahu berfesyen, setiap mereka yang hadir harus faham tentang batas perlu dijaga apalagi ketika acara berprestij sebegini.
Namun di sebalik penetapan tersebut, ada juga pihak terus menuding jari kepada pengajur kerana tidak menghalang golongan ini sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Kemeriahan AJL39 dicemari dengan isu fesyen acara karpet merah.
Isu yang berlaku ini menjadi perdebatan hangat sehingga menarik perhatian pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memberi kenyataan kerana menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya.
Malah, hal ini juga telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab mengawal selia industri di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
Sementara itu TV3 dalam satu kenyataan pada Selasa memohon maaf atas kejadian tersebut dan berjanji insiden sama tidak akan berulang pada masa depan.
AJL38 milik lagu Hening Rindu nyanyian Marsha.
Kenyataan itu juga menegaskan pihak mereka mematuhi garis panduan ditetapkan dan tidak membenarkan mana-mana penonton yang hadir mengenakan pakaian bertentangan jantina.
Untuk rekod, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh nyanyian Marsha Milan berjudul Hening Rindu muncul sebagai Juara AJL39.
Kemenangan itu melayakkan mereka berkongsi hadiah RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula milik lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh nyanyian Nadeera manakal ketiga ialah lagu berjudul Saksama nukilan Akim & The Majistret dan Bunga Cantik yang dibawakan oleh Akim & The Majistret.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!