suria

[V] Zehra Zambri mahu cerai ‘fast track’, suami pula nak fail nusyuz selamat rumah tangga

PENYANYI Zehra Zambri dilaporkan bakal memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suaminya dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, selepas hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Zehra kepadanya pada pagi Rabu.

Ia susulan selepas Zehra selesai berjumpa dengan peguamnya dipercayai ada kaitan dengan kes penceraian mereka.

“Saya dimaklumkan Zehra akan failkan penceraian secara 'fast track' minggu depan. 

Suami Zehra mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Zehra.

“Pagi tadi (Rabu) dia beritahu yang mahu keluar sekejap. Selepas itu, Zehra memaklumkan dia berjumpa peguam untuk failkan cerai terhadap saya,” katanya kepada mStar.

Iqwan mendedahkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.

Menjelaskan kehadirannya ke mahkamah, Iqwan memberitahu dia bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suami padam gambar di IG, Zehra Zambri jawab dakwaan rumah tangga bergolak sejak sertai GV

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

Bagaimanapun, Iqwan berharap dia dapat bertemu dan berbincang dengan Zehra bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak tiga tahun lalu.

“Saya belum failkan nusyuz cuma datang ke mahkamah kerana mahu mendapatkan pencerahan dan mengetahui prosedur selanjutnya,” jelasnya.

Kata Iqwan lagi, hubungan mereka ketika ini dalam keadaan baik malah tiada sebarang perbalahan.

Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja.

NUR MOHD IQWAN SAMSUDIN

SUAMI ZEHRA ZAMBRI

Tegas Iqwan, dia percaya hubungan mereka dapat diselamatkan dan penceraian bukan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.

“Saya nak selamatkan perkahwinan ini sebab kami tiada sebarang masalah. Ikut undang-undang kami masih suami isteri.

“Kami ada anak bersama. Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja,” ujarnya.

Ditanya mengenai punca Zehra mahu bercerai, Iqwan tidak mengetahui sebab sebenar tindakan isterinya itu.

zehra_a

Zehra belum dedah punca ingin berpisah.

Bagaimanapun dia percaya keputusan itu disebabkan wujud gangguan atau pengaruh pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.

“Dia tidak maklumkan, kenapa dan mengapa. Ya (pihak ketiga). Ada gangguan pihak lain atau pengaruh dia failkan (cerai),” jelasnya.

Sebelum ini, kehidupan peribadi Zehra menjadi bualan ramai selepas Iqwan dikatakan sudah memadam foto mereka bersama di Instagram.

zehra_12

Zehra dan suami mendirikan rumah tangga pada 2017.

Jelas Zehra, suaminya itu tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum sejak dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Sementara itu usaha mStar mendapat reaksi Zehra berhubung dakwaan suaminya tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab. 

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain