suria

“Minta maaf makcik” - Imran Bard respons permintaan Ellie Suriaty, ibu dalam wad tak dapat mohon maaf

Imran balas kembali kenyataan yang diberikan oleh Ellie.

SELANG beberapa jam ibu bapanya diminta berjumpa dan memohon maaf, pempengaruh Imran Bard tampil membalas kenyataan pelakon Ellie Suriaty.

Kini berada di kampung halaman, Imran memberitahu ibunya tidak dapat memenuhi permintaan Elly kerana sedang dirawat di hospital.

"Sampai melibatkan ibu bapa… Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.

Imran hanya membuat kandungan untuk hiburan. 

“Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik" katanya. 

Imran berkongsi perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada petang Khamis. 

Dalam pada itu, Imran menjelaskan video menyebut nama Ellie tidak menyentuh sebarang isu sensitif sebaliknya hanya gurauan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Content’ Imran Bard calar nama Ellie Suriaty, tuntut ibu bapanya datang mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan buli calar taraf industri seni, Ellie Suriaty nasihat pendatang baharu lapang dada terima teguran

Malah kata Imran, dia turut mengagumi Ellie dan artis-artis lain yang disebut dalam video tersebut.

“Kepada mak cik Ellie Suriaty, janganlah fikir begitu. Bukan nama mak cik sahaja saya sebut.

“Nama pelakon veteran lain pun saya sebut. Semua artis yang saya kagum. 

Bukan nama mak cik sahaja saya sebut

IMRAN BARD 

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL 

"Saya masukkan dalam content bukan sensitif pun. Content konon-konon jadi juri jer,” ujarnya.

Pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan dihasilkan Imran yang dianggap telah mencemarkan namanya. 

Ellie ketika sidang media meluahkan rasa kurang senang terhadap Imran. 

Ketika bercakap kepada pemberita Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.

Dalam kandungan video berkenaan, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.

Ellie juga memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain