SUSULAN masalah jantung dihidapinya, isteri pelawak Shuk Sahar dinasihatkan menggugurkan kandungannya yang kini sudah mencecah lima bulan.
Meletakkan soal ajal di tangan Allah, Fara, 33, tetap dengan pendirian mahu mempertahankan kandungannya walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.
“Selepas berbincang dengan mak dan ayah serta pihak hospital, saya menolak ‘membuang’ kandungan ini apatah lagi janin sudah semakin besar.
“Saya sanggup teruskan walaupun risikonya adalah kematian atau bayi dilahirkan pra matang.
Fara sekali lagi dikejarkan ke hospital pada pagi Jumaat.
“Ada rezeki dapatlah saya tengok anak ini nanti. Apa pun saya mahu selamatkan anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Berkongsi tentang kesihatannya, Fara memberitahu ketika ini keadaannya kurang baik dan terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Malah kata Farah, dia sekali lagi dikejarkan ke hospital pada pagi Jumaat disebabkan masalah jantung dihidapinya.
“Saya masuk wad 7 Februari lalu disebabkan pendarahan dalam rahim, daripada situ doktor mula mengawasi kandungan saya dengan teliti.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Fara Salleh dedah layanan buruk Shuk sepanjang hamil, dilempar kata-kata hinaan… Dah sedia hilang suami
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas didiagnos ada masalah jantung, Fara Salleh terkejut rupanya sedang hamil 2 bulan... “Tak tahu nak gembira ke apa”
“Alhamdulillah pendarahan sudah okay tetapi sekarang masalah jantung saya pula… Hari ini (Jumaat) sudah tiga kali saya masuk hospital kerana masalah jantung,” ujarnya.
Ditanya tentang Shuk, Fara memberitahu pelawak itu mengetahui masalah kesihatan dihadapi namun tidak pernah ambil peduli tentangnya.
Bagaimanapun kata Fara, dia enggan menghubungi Shuk kerana tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan mereka suami isteri.
“Saya sendiri tidak hubungi dia sebab dia sendiri pun tak mahu ambil tahu fasal saya.
“Bila berhubung akan mengeruhkan keadaan. Tanya khabar pun paling-paling kena tengking, kena caci sahaja,” katanya.
Pada November tahun lalu, Fara mendedahkan mempunyai masalah jantung dan terkejut apabila dia disahkan hamil ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
Fara tidak berhubung dengan Shuk (kanan) kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Kata Fara, dia sepatutnya menjalani operasi pembedahan jantung, namun prosedur itu ditangguhkan.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!