SEBANYAK lima sebab dinyatakan penyanyi Zehra Zamri dalam permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Iqwan, 45, memberitahu dia juga baharu membaca dokumen berkenaan pada Khamis ketika hadir bagi sebutan kes cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Bangi.
“Semua tuntutan ini akan disebut dalam mahkamah.
Zehra hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Khamis.
“Saya ada pendirian sendiri dan ada beberapa perkara ada penjelasan,” katanya.
Antara alasan dinyatakan adalah tiada lagi persefahaman, sikap Iqwan terhadap Zehra dan perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan.
Dalam masa sama Zehra juga membuat permohonan atas dakwaan pengabaian serta culas tanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Cerai ‘fast track’ persetujuan bersama, Zehra Zambri reda suami fail nusyuz
ARTIKEL BERKAITAN: Tak setuju cerai ‘fast track’, cadangan tebus talak pula ditolak Zehra Zambri… Suami serah isu rumah tangga kepada mahkamah
Iqwan ketika ditemui juga berharap perbicaraan melibatkan mereka berjalan lancar.
Malah sebagai suami dia juga mahu mempertahankan rumah tangga.
“Sebagai suami saya mahu pertahankan. Tetapi kalau isteri asyik minta cerai kena tanya apa sebabnya.
“Saya serahkan semua kepada pihak mahkamah,” ujarnya.
Sementara itu, Zehra pula enggan memberi sebarang maklum balas apabila disapa media sebelum perbicaraan berlangsung.
Iqwan mahu mempertahankan rumah tangga bersama Zehra.
“Ini masa kritikal. Kita tak tahu apa akan berlaku di dalam,” jawabnya ringkas.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac 2025.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!