Adil (kanan) lakonan Zahiril Adzim akhirnya mati akibat disapu ubat beracun dalam satu perlawanan Tomoi.FILEM: BUNOHANGENRE: AKSI / DRAMA PENGARAH: DAIN SAIDTAYANGAN: BERMULA 8 MAC 2012KOS PRODUKSI: RM1.81 JUTAPELAKON: Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah)BERLATARBELAKANGKAN tepian pantai dan perkampungan yang indah dan sudut sinemagrafi yang menarik, Bunohan berjaya diangkat oleh pengarah Dain Said sebagai sebuah filem yang menarik untuk diperkatakan.Kebanyakan pihak memuji keupayaan pengarah muda ini mencernakan kekuatannya dalam menghasilkan sebuah karya yang dilihat luar biasa selepas sesi pra tontonnya pada 29 Februari lalu.Bunohan hebat diperkatakan apabila ia menerima anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.Dan dek kerana itulah filem ini menjadi taruhan serta di jaja daripada mulut ke mulut sehingga menyebabkan orang ramai menunggu kemunculannya bagi menilai sejauh manakah luar biasanya karya terbaru Dain Said ini.Bunohan yang mengambil nama sebuah perkampungan di Tumpat, Kelantan berkisar tentang hubungan tiga beradik iaitu Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin) yang berhadapan dengan krisis kekeluargaan.MembunuhIa dapat dilihat apabila Ilham diupah membunuh adiknya iaitu Adil, seorang peninju tomoi yang sering kali menyandang juara dalam perlawanan di Selatan Thailand sementara Bakar pula seorang yang tamak apabila mahu membolot tanah pusaka.Bapa kepada anak-anak tersebut ialah seorang Tok Dalang wayang kulit tegar iaitu Pok Eng (Wan Hanafi Su) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdahi licin apabila berkahwin lebih daripada satu.Kerana kecewa dengan perkara itu, isterinya Mek Yah (Tengku Azura) membawa diri meninggalkan anak-anak dengan menjadi buaya putih, mitos kepercayaan orang-orang dahulu.Ilham akhirnya sanggup mati dibunuh oleh Deng kerana dia tidak tergamak untuk “mengambil nyawa” adiknya sendiri seperti mana yang diinginkan.Malah Adil yang sudah 27 tahun meminggirkan keluarga termasuk ayahnya dipertemukan selepas isu tuntutan tanah daripada Bakar yang mahu melaksanakan projek di tanah yang hendak diwariskan kepada Adil itu.Karakter yang dibawa dalam setiap watak tidak kiralah kecil ataupun besar adalah sesuatu yang luar biasa.Kehebatan filem ini ternyata daripada sudut nilai lakonnya. Kesan yang diberikan oleh Faizal Hussein dalam filem ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.Begitu juga dengan pelakon lain yang mampu membawa watak mereka tanpa sebarang masalah walaupun keseluruhan filem ini menggunakan loghat negeri Kelantan.Namun di sebalik kehebatan yang ditonjolkan serta aksi lakon yang ditampilkan, Bunohan sebenarnya bukanlah sebuah filem yang terlalu luar biasa.Maaf... mungkin komen ini sedikit menyimpang daripada kebanyakan ulasan yang dilakukan oleh media lain tetapi hakikat terhadap “kecuaian” dalam filem ini harus diterima dengan positif.Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja.Sakit kepalaTetapi secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem “sakit kepala” kerana ia cuba memaksa penonton untuk mengkaji makna tersirat di sebalik kata-kata, gerak geri serta raut wajah para pelakonnya.Secara jujurnya, Bunohan bukan sebuah filem kegemaran masyarakat Malaysia yang malas untuk berfikir perkara di sebalik atau makna tersirat itu. Dan dek kerana itu, ia tidak mampu untuk membuatkan penonton mahu menontonnya untuk kali kedua.Jika ada pun disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana ingin memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam filem ini.Bunohan adalah sebuah filem seni yang berat dan dilihat hanya bersesuaian untuk mereka yang mempunyai ilmu perfileman seperti pelajar-pelajar filem ataupun mereka yang benar–benar cintakan karya seperti ini sahaja.Ini kerana terlalu banyak sub plot yang hendak dikembangkan oleh Dain Said sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh pengarah itu?SemakWatak Mek Yah tidak digambarkan dengan jelas yang menunjukkan wanita itu adalah buaya jadian sementara apakah kepentingan Ilham yang keterlaluan dilihat menggali kubur daripada matlamat utamanya untuk mencari Adil.Kepentingan buaya dan saka yang dibangkitkan sebenarnya tidak menyumbang terhadap kekuatan Bunohan pun sebaliknya kewujudan watak itu hanya mendatangkan “semak” terhadap filem ini.Apakah sesebuah “art movie” memerlukan seseorang pengarah itu menghasilkan karya yang membebankan pemikiran penonton?Filem Jogho arahan U-Wei yang ditayangkan pada tahun 1999 adalah salah satu contoh filem seni yang amat baik daripada segi tema dan perkembangan plot yang ditampilkan.Jogho memenangi lima anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Ke 11 (FFM11) termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) yang juga berkisar mengenai kehidupan masyarakat di Kelantan dan Selatan Thailand.Kisah kehidupan mengenai perlawanan laga lembu yang turut membabitkan adegan pembunuhan itu berjaya digarap dengan sempurna tanpa banyak masalah untuk penonton memikirkannya.Tapi sayang, hasrat Dain Said untuk melakukan kelainan dalam konteks pemikiran “zaman teknologi” pada hari ini tidak seratus peratus mencapai matlamatnya tetapi usaha itu berjaya daripada kekuatan lain.Kita berhak untuk bersetuju atau tidak dengan apa yang kita lihat atau lakukan tetapi hak saya terhadap filem ini telah saya perjelaskan.Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, pergilah menonton dan buatlah penilaian sendiri kerana cara itu adalah rumusan terbaik untuk pandangan anda.