suria

Tak mahu ‘free hair’, Normah Damanhuri pilih pakai rambut palsu... Malu bawa watak manja dalam ‘Tiga Janda Melawan Dunia’

Normah tampil dengan imej rambut palsu.

TAMPIL dengan imej memakai rambut palsu dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia, pelakon Normah Damanhuri sudah bersedia dengan apa saja pandangan penonton.

Menurut pelakon berusia 68 tahun ini, dia sendiri yang memaklumkan kepada pengarah filem tersebut iaitu Hyrul Anuar untuk menggayakan imej sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Aripah masih di ICU, Normah Damanhuri tak henti doa mohon keajaiban

"Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair.

Normah

Normah bersedia dengan kritikan.

"Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi... itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la... biarlah," katanya kepada mStar.

Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.

Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu turut menampilkan Khatijah Tan, Raja Azura dan Norman Hakim.

Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa.

NORMAH DAMANHURI

PELAKON

Sementara itu, Normah mengakui mendapat kepuasan dalam lakonan menerusi filem tersebut biarpun penat seharian menjalani penggambaran.

"Penat sangat sebab penggambaran dari pagi sampai ke pagi selama beberapa hari juga. Kalau berlakon drama, kita penat bermain perasaan dan perap jiwa.

"Tapi yang filem ini penat dengan tenaga sekali. Watak saya pun sangat memenatkan. Tapi sangat seronok. Bagi saya, ada rasa nikmat dan kepuasan," ujarnya.

Raja Azura

Penampilan berbeza Khatijah, Raja Azura dan Normah.

Berkongsi lagi mengenai wataknya sebagai Rohayu, Normah memberitahu pada mulanya dia berasa segan untuk melakonkan aksi manja biarpun karakter sebenarnya lebih kurang sama.

"Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan... jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.

"Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada.

"Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak)," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain