suria

Pengarah ‘Musyrik - Api Neraka Menantimu!’ pertama kali berdepan kejadian mistik... Kejadian aneh Ruhainies pegang batu nesan paling menyeramkan

Arjin Uppal memberitahu pelbagai kejadian aneh berlaku sepanjang penggambaran filem Musyrik - Api Neraka Menantimu.

PERTAMA kali berhadapan dengan situasi mencemaskan, pengarah Arjin Uppal memberitahu pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan berlaku sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram iaitu Musyrik - Api Neraka Menantimu!.

Mengimbau kejadian itu, Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui adalah ketika babak melibatkan pelakon Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan pada pukul 3 pagi.

"Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar dari tanah perkuburan berkenaan bagi merialisasikan babak tersebut.

“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.

WhatsApp Image 2022-07-02 at 8.20.44 PM

Kamera berpusing seperti ada sesuatu menggerakkannya ketika penggambaran babak Ruhainies memegang batu nesan.

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi oleh Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama manakala ia turut serta adalah Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.

“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih rumah di kawasan elit, Iqbal Zulkefli beli banglo RM5 juta

Bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, kata Arjin, ia turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

Musyrik_Official_Poster_Clean

Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 7 Julai ini.

“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan,” katanya.

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu dan membawa aktres itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera.

“Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya. Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya.

Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh.

ARJIN UPPAL

PENGARAH FILEM MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU!

Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam.

“Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan.

WhatsApp Image 2022-07-02 at 8.20.44 PM (1)

Ruhainies antara peneraju utama filem arhan Arjin Uppal ini.

“Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.

Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir.

“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

WhatsApp Image 2022-07-02 at 8.20.04 PM (1)

Arjin pertama kali berhadapan dengan gangguan mistik ketika penggambaran.

Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.

“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.

“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya.

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysi pada 7 Julai depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain