SIAPA sangka di sebalik kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di pawagam, ia sebenarnya diterbitkan oleh seorang usahawan yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni. Bukan sahaja itu, pengasas Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mat Dali juga sudah 30 tahun tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana merasakan tidak mendapat apa yang dimahukan sebagai penonton. "Filem bukan sahaja untuk berhibur. Ia juga adalah medium untuk menyampaikan mesej yang baik. "Percaya atau tidak, saya tidak pernah ke panggung wayang dalam tempoh lebih 30 tahun kerana merasakan tidak mendapat apa yang diinginkan," katanya kepada mStar. Barisan pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Berasal dari Perak, Rahman, sebelum ini memulakan kerjaya sebagai seorang akauntan dan pernah berkhidmat sebagai seorang pendidik. Selain memiliki syarikat produksi sendiri, beliau juga merupakan seorang usahawan dalam bidang perubatan dan turut menjalankan perniagaan makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan... Nama Fattah Amin trending di Twitter, bukan lagi 'pelakon kayu' ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ tunjuk sisi sebenar tokoh pejuang... Angkat aras pemikiran penonton Bagaimanapun kata Rahman, 62, kesedaran akan tanggungjawab untuk memberikan sesuatu bermanfaat kepada masyarakat telah menggerakkan jiwa seninya untuk melibatkan diri dalam dunia penerbitan filem. Meskipun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang itu, Rahman percaya itu sesiapa sahaja boleh berikan idea berkualiti dalam penghasilan sesebuah karya yang bukan sahaja sebagai hiburan tetapi menyampaikan informasi bermanfaat buat penonton. "Tidak kira apa juga latar belakang, ia bukan satu isu kerana apa lebih penting adalah idea yang ingin disampaikan. Filem bukan sahaja untuk berhibur. Ia juga adalah medium untuk menyampaikan mesej yang baik ABDUL RAHMAN MAT DALI PENERBIT "Tak salah rasanya saya ceburi bidang ini jika orang lain tidak mahu mencuba. Saya anggap ini adalah satu tanggungjawab untuk tawarkan diri dalam industri dengan memberi hiburan bermanfaat kepada penonton," ujarnya. Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 juta selepas lima hari ditayangkan dan ia kejayaan luar biasa untuk filem genre epik. Berkongsi tentang kejayaan filem ini, kata Rahman, tiada sebarang rahsia dalam melakukan promosi sebaliknya dia percaya penonton sendiri yang mahukan karya-karya sebegini. Syamsul bertindak sebagai pengarah Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. "Mungkin penonton mahukan sesuatu yang berbeza kerana sudah biasa melihat produk sama menerusi drama atau filem lain. Filem epik dan kepahlawanan sebegini sudah lama tidak diterbitkan. "Saya juga percaya orang-orang kita suka kepada perkara kebaikan. Jadi apabila mereka disajikan dengan filem yang bukan sekadar hiburan, tetapi turut ada unsur-unsur nilai murni, mereka akan anggap ini adalah satu keperluan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI