suria

‘Tujuh Dua Belas’ angkat seni pertahan diri, pengarah simpan hasrat buat sekual dengan pelakon Indonesia dan Kemboja

Aksi Farali (kiri) dan Chintya menjadi taruhan dalam Tujuh Dua Belas.

PENGARAH Thorpe Ali juga tidak menolak akan menghasilkan sekual sekiranya filem Tujuh Dua Belas mendapat sokongan hangat penonton.

Tidak hanya itu, Thorpe turut memasang impian meluaskan lagi kerjasama dengan pelakon dari Kemboja selepas berjaya mendapatkan aktres dan pesilat Indonesia iaitu Chintya Candranaya dalam filem tersebut.

"Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja.

tuju 12 1

Chintya dan Farali melakukan sendiri babak aksi dalam Tujuh Dua Belas.

"Kalau ditanya mengenai harapan pula, pasti saya mengharapkan Tujuh Dua Belas berjaya menarik sokongan penonton ke pawagam," ujarnya.

Karya terbitan Osmosis Production Sdn Bhd ini tampil berbeza dengan kebanyakan filem tempatan apabila berani menampilkan dua pelakon wanita sebagai teraju utama yang berjuang mencari kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi tak stabil di lokasi, Shaheizy Sam sanggup berlapar demi ‘Polis Evo 3’... sampai elak dekati isteri takut bergaduh!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tujuh Dua Belas’ beri kelainan, angkat wanita sebagai pelakon utama dalam filem aksi

Lebih menarik lagi gandingan Chintya dan pelakon Farali Khan juga akan menghidupkan setiap babak aksi kerana kedua-dua mereka merupakan atlet seni mempertahankan diri.

"Filem Tujuh Dua Belas ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

"Disebabkan itu saya memilih Farali kerana dia memiliki asas seni bela diri. Begitu juga pemilihan Chintya yang pernah tular dengan aksinya menendang tong gas," ujarnya.

Filem Tujuh Dua Belas ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

THORPE ALI

PENGARAH

Filem ini memaparkan kisah Safia (lakonan Farali) yang kehilangan anak saudaranya akibat diculik ketika dalam perjalanan untuk bercuti.

Bakal ditayangkan bermula 4 Mei ini, penggambaran dilakukan sekitar Januari 2022 di beberapa buah lokasi seperti Kuala Lumpur serta Gopeng, Lenggong dan Pengkalan Hulu di Perak.

Tambah Thorpe, pemilihan tajuk Tujuh Dua Belas adalah kerana kes penculikan sebegitu sering berlaku antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam.

tujuh 12 4

Thorpe berani tampilkan pelakon wanita sebagai watak utama.

"Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian sebegini, tindakan pantas harus diambil segera. Kejadian penculikan ini selalunya tidak menunggu masa lama kerana mudah dikesan dan

"Filem ini menunjukkan watak utamanya berusaha untuk mencari penculik," jelasnya.

Filem berinspirasi jenayah penculikan kanak-kanak ini turut menampilkan pelakon lain seperti Johan As'ari, Idzham Ismail dan Adam Darwisyh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain