suria

Sekali lagi angkat genre seram, produksi tampil gabungan pelakon Indonesia-Malaysia dalam ‘The Parcel’

Filem The Parcel menjalani penggambaran di Jakarta.

KEJAYAAN filem Rumah Iblis yang ditayangkan tahun lalu menjadi pembakar semangat buat syarikat produksi 4Wards untuk sekali lagi tampil dengan karya genre seram berjudul Tha Parcel.

Percaya akan sambutan baik penonton terhadap filem genre sebegini, penerbit eksekutif iaitu Nashrul Nasir juga yakin dengan pilihan sendiri untuk mengangkat sebuah kisah latar belakang negara Indonesia.

"Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.

parcel 3

Gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia dalam The Parcel.

"Kami merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-filem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara," katanya.

Memulakan pengganmbaran sejak Khamis di beberapa lokasi di Jakarta, filem arahan Andi Bachtiar ini menampilkan gabungan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan juga Indonesia.

Menyentuh tentang watak utama, Nashrul serta pihak produksi setuju untuk memilih pelakon Atiqah Hasiholan untuk menghidupkan perjalan karakter bernama Radha.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Walid’ masuk panggung Amerika, pengarah anggap kejayaan luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Reboot ‘Rahsia’ dapat sentuhan anak Othman Hafsham, temui penonton 10 Ogos

"Kami memeng mencari pelakon yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi. Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.

"Dia ada ciri-ciri yang kami cari dari segi imej, fizikal selain prestasi dalam dunia lakonan," ujarnya.

Sementara itu seorang lagi penerbit eksekutif iaitu Arif Nabil melihat filem ini sekali lagi akan menjadi peluang terbaik untuk terus mencipta nama di Indonesia.

parcel 2

Atiqah diberi kepercayaan sebagai watak utama.

Malah keunikan kepelbagaian budaya masyarakat di sana juga telah menarik minat mereka untuk menjadikan sebuah jalan cerita.

"Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia," jelasnya.

Selain Atiqah, filem ini turut dibarisi pelakon lain seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia iaitu Nora Danish serta Amir Ahnaf.

The Parcel mengisahkan tentang Radha yang bertugas sebagai seorang wartawan dan turut berdepan konflik dalam kehidupan.

Misteri filem ini mula terjadi apabila Radha menerima sebuah bungkusan sehingga ia menimbulkan kekecohan dalam kawasan kejiranan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain