suria

‘MagiK’ angkat kisah gadis pekak, hasrat penerbit adakan 7 tayangan khas untuk komuniti tercapai

Pengarah Tanaka harap filem MagiK mampu beri kesedaran kepada penonton.

MENYELAMI insan istimewa berdepan masalah pendengaran, syarikat produksi 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem terbaharu berjudul MagiK.

Menurut pengarahnya iaitu Tanaka, filem bergenre drama, keluarga dan fantasi ini bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

"Idea menghasilkan magiK apabila idea kami disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.

The Road Trip Screenings of 'magik' will take place at seven locations.

MagiK angkat kisah gadis pekak.

“Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip,” katanya.

Sebelum ini tayangan khas filem magiK diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama dua bulan pada September dan Oktober lalu sebelum ditayangkan di pawagam pada Khamis lalu.

Selaku pengarah dan penulis skrip filem ini, Tanaka dan Bea yang juga penerbit turut turun padang di semua lokasi terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbakat macam ibunya, anak Amanda Misbun cabar diri bawa watak budak pekak dalam ‘MagiK’

ARTIKEL BERKAITAN: Reboot ‘Rahsia’ dapat sentuhan anak Othman Hafsham, temui penonton 10 Ogos

Mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.

"Versi yang ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi 'closed caption' yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

"Filem magiK memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.

'magiK' revolves around seven-year-old Kit, a deaf girl living in a small village in Kuala Selangor, famous for its firefly habitat. Photos: Handout

Gadis pekak boleh cakap dengan keli-kelip.

"Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak dengan menjemput komuniti pekak.

"Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak," katanya.

Tanaka pula berkata, Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa itu.

magiK adalah filem kedua arahan Tanaka selepas Nota ditayangkan di pawagam pada tahun 2015.

magiK turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain