FILEM seram Waruga: Kutukan Ilmu Hitam dipotong sebanyak 15 minit berbanding durasi asal kerana dibimbangi bebeberapa babak yang dipaparkan tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Pengarahnya, Azaromi Ghozali memberitahu pihak produksi tidak mahu mengambil risiko filem itu perlu disunting semula selepas dihantar ke LPF sehingga mencacatkan jalan cerita asal. "Sebenarnya kami sudah buang lebih kurang 15 minit berbanding durasi asal disebabkan ada beberapa babak yang kami fikir terlalu seram dan mungkin tidak mendapat keluluan LPF. Azaromi merupakan pengarah kepada filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam. "Kalau diikutkan kami ingin kekal durasi asal tetapi banyak elemen seram yang kami rasa lebih baik dikeluarkan dan tidak sesuai untuk tayangan," katanya kepada mStar. Azaromi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di GSC Starling Mall baru-baru ini. Dalam pada itu, Azaromi memberitahu kebanyakan babak yang dibuang adalah menggunakan teknik penjanaan imej berkomputer (CGI) yang tidak menepati piawaian. Disebabkan itu juga, pihak produksi terpaksa menanggung kerugian besar selepas dua syarikat yang diberi tanggungjawab menghasilkan CGI berkenaan gagal melakukan tugas mereka dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ tampil kelainan, kepercayaan kuno pemujaan mayat buat bulu roma berdiri ARTIKEL BERKAITAN: Shahronizam Noor fobia potong ayam, risau hilang ibu jari pula... Rancang mohon kad OKU "Saya tukar tiga syarikat buat CGI. Dua syarikat awal saya terpaksa singkirkan walaupun sudah membayar ratusan ribu ringgit dan 15 minit durasi yang saya buang itu adalah babak melibatkan CGI. "Babak itu dibuang sebab tidak menjadi, mereka tak mampu membuatkan babak itu kelihatan seperti sebenar," katanya. Sementara itu, Azaromi memberitahu meskipun filem itu belum ditayangkan namun dia sudah bercadang menghasilkan sekual kepada Waruga: Kutukan Ilmu Hitam. Sebenarnya kami sudah buang lebih kurang 15 minit berbanding durasi asal disebabkan ada beberapa babak yang kami fikir terlalu seram AZAROMI GHOZALI PENGARAH "Harapan saya memang nak buat sekual jika dapat sambutan hangat penonton. Jika kutipan sekadar balik modal pun saya akan buat sekual," katanya. Waruga: Kutukan Ilmu Hitam menelan kos sebanyak RM1.3 juta. Filem ini mengangkat kisah inspirasi tentang adat dan kepercayaan kuno kaum Minahasa tentang mayat disemadikan dalam Waruga dengan kedua-dua lutut dirapatkan ke dada seperti kedudukan bayi dalam kandungan. Zahiril dan Elvina merupakan tunjang utama fIlem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam. Idea menghasilkan filem ini bermula melalui penceritaan seorang penulis iaitu Gawar Sawba'ayah mengenai kepercayaan kuno tersebut. Malah ada mengaitkan perkara itu dengan ilmu hitam dan pemujaan mayat. Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 15 Februari ini dengan menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad, Eriza Aliya, Shahronizam Noor, Izzue Islam, Along Eyzendy dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!