suria

Tunku Mona ada sebab pilih Taiping lokasi penggambaran, ‘Rain Town’ bukan sekadar kisah keluarga tapi realiti kehidupan harian

Mona (kanan) mahu beri kelainan dalam Rain Town.

KISAH unik tentang permainan rain betting (pertaruhan hujan) menjadi isnpirasi buat pengarah Tunku Mona Riza untuk menhasilkan filem terbaharunya berjudul Rain Town.

Bukan itu sahaja, malah lokasi indah Taiping, Perak juga dipilih kerana bersesuaian dengan geografi bandar berkenaan yang merupakan kawasan tadahan hujang paling banyak di Malaysia.

Mengambil kira dua faktor ini, Mona tampil dengan sebuah karya yang memaparkan konflik keluarga menerusi watak Choo yang dimainkan oleh pelakon Chew Kin Wah.

Rain Town 22

Kisah keluarga Choo menjadi jalan cerita dalam filem Rain Town.

"Saya sangat tertarik dengan kisah rain betting kerana ia satu cerita yang unik, namun tidak bermaksud saya mahu hasilkan sebuah cerita tentang pertaruhan.

"Sebaliknya, saya wujudkan satu karakter bernama Choo yang suka bertaruh serta seorang bapa yang suka mengaturkan kehidupan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sehingga menimbulkan konflik dalam keluarga mereka.

"Seluruh penggambaran dalam filem ini dilakukan di Taiping, Perak. Tidak ada sedikit pun klip dari simpanan yang di ambil dari mana-mana kawasan lain. Saya mahu paparkan keunikan daerah Taiping," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ tampil kelainan, kepercayaan kuno pemujaan mayat buat bulu roma berdiri

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin filem ‘Jiwa 8 Belas’ dapat sambutan penonton, pengarah ada rancangan hasilkan sekuel

Selain kisah Choo, filem ini turut didukung oleh tiga watak anak lelaki berkenaan yang mempuanyai karakter dan kisah hidup berbeza.

Salah satu yang menjadi perhatian adalah paparan perjalan hidup watak Isaac Hoo yang dilakon oleh Fabian Loo di mana dia terpaksa meneruskan kehendak bapanya menjadi seorang doktor.

Disebabkan tekanan hidup, Isaac memilih jalan mengambil dadah sehingga ia menjejaskan masa depan kerjayanya.

Jadi apa yang disampaikan dalam filem ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita

TUNKU MONA RIZA

PENGARAH

Tambah Mona ia bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan harian kerana kisah seperti itu pernah berlaku dan pastinya paparan dalam filem ini mahu memberi pengajaran terbaik buat penonton.

"Saya pernah pergi ke pusat pemulihan dadah dan mendengar cerita mereka yang terlibat dengan masalah ini. Ia sebenarnya betul-betul terjadi dan ada juga doktor profesional yang terlibat.

"Jadi apa yang disampaikan dalam filem ini sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Cuma bagaimana untuk melawan atau memilih jalan terbaik dalam kehidupan," ujarnya.

Rain Town 44

Lakonan Susan memberi kesan mendalam buat penonton.

Selain dua watak ini, lakonan Susan Lankester sebagai Aileen Choo juga cukup memberi kesan mendapat buat penonton.

Kisah Aileen yang berdepan dengan masalah kesihatan memberi impak besar dalam keluarga Choo yang pada ketika itu turut dilanda pelbagai dugaan lain.

Tambah Mona sebagai seorang pengarah berbangsa Melayu, dia juga mahu memberi inspirasi kepada pengkarya lain untuk berkongsi lebih banyak tentang keunikan pelbagai budaya di Malaysia.

Rain Town 33

Filem Rain Town bakal menyentuh emosi penonton.

"Cabaran yang dihadapi bukanlah sekadar dari sudut pembikinan sahaja, tetapi penerimaan penonton terhadap naskhah ini.

"Secara peribadi saya juga meletakkan harapan agar filem ini dapat dijadikan inspirasi kepada pengarah-pengarah lain cuba menghasilkan sebuah naskhah yang berbeza dari sudut bahasa dan budaya," jelasnya.

Karya terbitan Current Pictures Sdn Bhd ini turut menampilkan dua pelakon lain iaitu Wilson Lee sebagai Alex Choo dan Pauline Tan (Ruby Choo).

Filem Rain Town akan memulakan tayangan pada 8 Februari sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain