suria

Awie pertama kali galas tugas pengarah, Rebel: Berontak Untuk Berotak bukan sindir mana-mana pertubuhan

Awie beri sentuhan pertama sebagai pengarah dalam filem Rebel.

PENYANYI Datuk Awie mengorak selangkah apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem Rebel: Berontak Untuk Berotak.

Pertama kali bertindak sebagai pengarah filem, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, turut tampil sebagai penulis skrip filem berkenaan.

Awie memberitahu dia mahu mencuba mengarah filem selepas duduk berbincang Allahyarham Mat London dan penerbit filem tersebut beberapa tahun lalu.

"Arwah dan penerbit datang jumpa saya dan kami berbincang tentang filem ini. Saya terkejut apabila mereka menawarkan saya menjadi pengarah.

awie 1

Awie terharu diberi tanggungjawab sebagai pengarah.

"Saya anggap ini sebagai satu tanggungjawab besar. Saya terharu dengan kepercayaan diberikan dan menerima dengan hati terbuka," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Mengaku tugas sebagai pengarah tidak mudah, Awie bagaimanapun sedia memperbaiki kelemahan jika diberi peluang lain pada masa depan.

"Tidak dinafikan tugas sebagai pengarah itu lebih sukar berbanding pelakon namun sekurang-kurangnya saya belajar banyak benda.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau Malaya: The Untold Journey ada surprise! Faisal Halim bakal muncul sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah teliti bab CGI ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam”, sudah rancang sekual jika box office

"Untuk filem pertama ini mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan. Saya akan perbaiki sekiranya mendapat peluang lain pada masa akan datang," katanya.

Berkongsi mengenai Rebel: Berontak Untuk Berotak, Awie menjelaskan karya itu dihasilkan bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak atau pertubuhan.

Sebaliknya naskhah itu sekadar memaparkan sikap memberontak dalam diri seseorang seperti yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat.

Saya anggap ini sebagai satu tanggungjawab besar.

DATUK AWIE

PENGARAH REBEL: BERONTAK UNTUK BEROTAK

"Intipati paling utama ingin saya paparkan adalah sikap rebel atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang individu.

"Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan menjadi jahat. Tentu ada punca membuatkan individu itu ada sikap rebel dalam diri.

"Itu yang ingin saya tonjolkan dalam filem ini," katanya.

awie 3

Ben (kiri) dan MK tampi sebagai watak utama dalam filem Rebel.

Selain Awie, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir dan MK K-Clique sebagai watak utama yang berdepan konflik sesama sendiri walaupun bekerja dalam satu pertubuhan sama.

Ben yang memegang watak sebagai Luka merupakan seorang pemudah berasal dari penempatan setinggan cuba melalui kehidupan normal walaupun dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterisme.

Sementara Bono (MK) pula seorang budak nakal yang sering menganggu ketenteraman di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan Luka.

Filem yang menelan belanja RM1 juta itu bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia bermula 2 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain