suria

Agrobank berjaya buat penonton mengalir air mata, ‘Janji Amir’ sarat emosi dan pengajaran - “Jangan sampai ralat”

Bobby (kiri) bersama Arthur (tengah) dan Tengku Ahmad Badli pada majlis pelancaran Janji Amir. Foto SHAHRIL ROSLI

KEDATANGAN Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa iklan menyentuh jiwa atau mencuti hati dalam membangkitkan semangat Syawal.

Tahun ini, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) tampil memberi kelainan apabila muncul dengan sebuah filem web pendek berjudul Janji Amir.

Janji Amir bukan sahaja menyentuh perasaan tetapi meninggalkan seribu satu rasa tentang kepentingan mengutamakan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

Apatah lagi ia dilakonkan oleh tiga barisan pelakon hebat tanah air iaitu Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa dan Amerul Affendi.

size NP 1 - 2024-04-05T140618.948

Tengku Ahmad Badli memberitahu Agrobank akan terus menyampaikan mesej berpanjangan kepada masyarakat.

Pengarah Janji Amir iaitu Bobby Husaini berkata, menerusi filem web pendek itu, dia tidak terlalu menjual produk perkhidmatan bank berkenaan sebaliknya memfokuskan kepada teras nilai dalam masyarakat.

Tambah Bobby, mesej yang ingin disampaikan iaitu jangan sampai ralat mampu memberi kesedaran secara terus kepada penonton.

"Dalam kehidupan ini, kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi selepas ini. Jadi jangan sampai menyesal dan ralat kerana tiada ubat merawat perasaan itu.

"Mesej Janji Amir sangat jelas iaitu hargai setiap detik yang kita ada bersama keluarga dan rakan-rakan terutamanya pada acara istimewa seperti hari raya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hargai pejuang barisan hadapan komuniti... Agrobank-mStar kongsi nikmat Ramadan bersama petugas DBKL

ARTIKEL BERKAITAN: Agrobank bersama mStar kongsi nikmat Ramadan... Hargai penuntut UPM, seru tingkat prestasi

"Di sebalik itu, mesej tentang Agrobank juga jelas iaitu bank berkenaan adalah memberikan perkhidmatan berorientasikan manusia sebab ia faham tentang nilai dan nuansa masyarakat," katanya.

Bobby berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem web pendek itu yang diadakan pada Khamis lalu.

Pelancaran Janji Amir turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Turut hadir adalah Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Tidak hanya filem web pendek, Agrobank turut melancarkan video muzik raya khas daripada pihak pengurusan kanan bank berkenaan berjudul Esok Hari Raya.

Janji Amir menceritakan kisah seorang anak lelaki yang menyesal kerana tidak hargai jasa ibunya.

Beto mempersembahkan lakonan mantap dalam Janji Amir.

Dalam pada itu, Tengku Ahmad Badli berkata, pihaknya berharap filem web pendek itu dapat menyampaikan mesej tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan bersempena Aidilfitri.

"Karya yang amat menyentuh hati dan lakonan terbaik daripada barisan pelakon.

"Insya-Allah kita akan teruskan usaha-usaha sebegini dan cuba bawa mesej berpanjangan kepada masyarakat, terutamanya tentang kasih sayang serta nilai kekeluargaan," katanya.

Janji Amir yang berdurasi 10 minit sudah pun menemui penonton sejak 5 April lalu di saluran rasmi YouTube Agrobank TV.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain