suria

Bukan sekadar hiburan kosong, ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’ mampu pupuk jati diri penonton

Filem Harimau Malaya dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim redza, Meerqeen dan Aidil Aziz.

HANYA menjalani penggambaran selama 51 hari, pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki percaya filem Harimau Malaya: The Untold Journey bakal berjaya menambat hati penonton.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata cabaran tempoh penggambaran yang singkat bukan penghalang untuk menghasilkan karya terbaik.

"Pelakon sekarang semuanya banyak pemintaan, jadual mereka itu yang membuatkan pihak penerbit pening kepala.

"Sebab itu kita jalani penggambaran hanya dalam 45 hari sahaja di Malaysia dan enam hari di United Kingdom (UK).

afdlin1 - 1

Afdlin percaya Harimau Malay sangat bagus untuk ditonton.

"Alhamdulillah semuanya berlaku dengan baik walaupun paling susah cuaca mungkin menjadi cabaran utama filem ini," katanya kepada mStar.

Kata Afdlin, filem Harimau Malaya: The Untold Journey bukan sekadar cerita biasa namun bakal memupuk semangat jati diri dalam setiap penonton.

Malah dia juga percaya semua penonton akan memiliki semangat baharu selepas menonton filem ini yang bakal ditayangkan pada Jun nanti.

"Dalam cerita Harimau Malaya ini dapat membuka minda orang ramai yang hidup ini bukan selalu di bawah. Ada masanya sekiranya kita berusaha dan menjaga dispilin kita juga boleh naik ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau Malaya: The Untold Journey ada surprise! Faisal Halim bakal muncul sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: 4 perspektif Afdlin Shauki dalam ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’, berdebar menanti reaksi penonton

"Filem ini beri hakikat kepada semua orang yang mereka juga boleh jadi Harimau Malaya," ujarnya.

Sementara itu, dua penerbitnya pula, Nashrul Azlee Nasir dan Alif Nabil Ismail berkata tema kenegaraan dan patriotisme yang diangkat dalam filem itu adalah hadiah istimewa untuk arena bola sepak tanah air dan negara ini.

Jelasnya Harimau Malaya: The Untold Journey bukan sekadar hiburan, ia adalah sebuah biografi dan rujukan yang bermanfaat kepada penonton tempatan terutamanya peminat bola sepak.

"Bagi saya filem ini mampu memupuk perasaan cintakan negara, sayangkan industri kesukanan, serta patriotisme pada diri kita semua.

harimau1 - 1

Alif (kiri) dan Nash (kanan) mengharapkan filem Harimau Malaya: The Untold Journey mendapat sambutan.

"Bukan saja sebagai wadah hiburan menerusi cerita utamanya tentang pasukan Harimau Malaya, filem ini juga memaparkan beberapa sub plot yang berteraskan elemen drama dan emosi juga.

"Jadi saya yakin gabungan semua elemen ini membuatkan filem ini istimewa," kongsinya.

Filem tersebut turut mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini mendedahkan kisah belakang tabir FAM dan skuad kebangsaan.

Harimau Malaya: The Untold Journey dibintangi barisan pelakon hebat seperti Meerqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Nam Ron, Bell Ngasri dan Douglas Lim.

Tidak ketinggalan Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Sophia Albarakbah, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Azhar Sulaiman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain