suria

‘Limbungan: Tragedi Hitam 1975’ angkat kisah misteri harimau jadian, ambil inspirasi lukisan sejarah

Pengarah Fazli Yasin (kanan) mengambil inspirasi catatan sejarah dalam Limbungan.

BERMULA dengan minat terhadap makhluk mitologi Melayu menjadi pencetus ilham kepada penghasilan filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975.

Filem berkenaan juga terhasil daripada kepercayaan mengenai wujudnya harimau jadian iaitu manusia yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu menukar dirinya menjadi haiwan berkenaan.

Kisah harimau jadian ini dikatakan cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu.

l4

Dari minat Fazli tukarkan menjadi realiti.

Menurut pengarahnya iaitu Fazli Yasin, dia mengambil inspirasi daripada sebuah catatan Hugh Clifford iaitu Residen British di Pahang yang bertugas pada tahun 1896 hingga 1903.

"Filem saya ini mengambil rujukan empangan hidroelektrik di Tasik Kenyir, Terengganu yang dibina pada tahun 1975. Pada waktu itu penduduk baru buat perbincangan dan nak pindah ke tempat lain.

"Nak dijadikan cerita saya kaitkan juga dengan kejadian harimau jadian di Sungai Tembeling, Pahang yang tertulis dalam catatan Hugh Clifford pada tahun 1860.

"Saya lihat segala lukisan di dalam buku itu, dan saya memang mengambil inspirasi dari lukisan kerana saya suka seni," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Emma Maembong abaikan gosip sebab tak suka perhatian, Chacha sedia pertahankan kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Kodi Rasheed hormat permintaan isteri, tak kongsi foto keluarga

Fazli berkongsi perkara itu ketika ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Berkongsi mengenai pilihan suasana era 70-an, Fazli memberitahu dia sememangnya sudah lama mengimpikan untuk menghasilkan filem seperti ini.

Katanya, suasana zaman berkenaan nampak tenang namun dalam diam ia menakutkan.

"Saya memang suka cerita seram pada era 70-an yang beri kesan besar. Memang saya sudah lama simpan niat nak buat filem era itu. Bagi saya suasana 70-an ini menakutkan," kongsinya.

Pelakon hanya perlu fokus lakonan sahaja.

FAZLI YASIN

PENGARAH

Lebih menarik lagi apabila 90 peratus penggambaran dilakukan dalam studio yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

"Hutan dan rumah di dalam cerita ini hanyalah studio yang dibina oleh team saya. Mudah kata, dalam studio, semua tersedia, dari segi pencahayaan dan kamera. Pelakon hanya perlu fokus lakonan sahaja,” kongsinya.

Tambahnya lagi, mereka turut melalui sedikit cabaran apabila perlu mencari lokasi yang sesuai terutama sekali kawasan bentuk muka bumi yang berbatu dan memiliki pohon-pohon besar.

l1

Cat Farish membawa watak sebagai Pak Embong.

Pun begitu, ia tidak menghalangnya untuk meneruskan pembikinan filem tersebut dengan membentuk satu set lokasi hutan buatan yang besar.

"Kalau penggambaran dibuat di hutan sebenar ia akan memakan kos yang besar. Dengan begini dapat menjimatkan kos.

“Kami juga perlu menghasilkan sebuah kostum harimau jadian yang realistik, malah saya membuat sehingga tujuh versi kostum sebelum memilih satu yang terbaik,” ujarnya.

l2

Kelainan yang dibawak Kodi menerusi watak Ramli.

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 ini mengisahkan dua kakitangan syarikat Maju Jaya, yang dihantar ke Kampung Limbungan untuk mengendalikan rundingan tanah untuk pembinaan empangan hidroelektrik.

Selain enggan melepaskan tanah mereka, penduduk kampung itu juga berdepan ancaman harimau jadian yang menyerang setiap kali berlakunya fenomena gerhana bulan.

Bakal ditayangkan pada 6 Februari ini, filem ini turut dibintangi Cat Farish, Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Chacha Maembong, Nor Albaniah dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain