SETELAH sekian lama tidak muncul di layar perak, bintang terkenal Hong Kong Donnie Yen tampil menerusi karya terbaharu berjudul The Prosecutor. Tidak hanya tampil sebagai pelakon, Donnie, 61, turut muncul sebagai pengarah filem berkenaan yang diharap dapat diterima baik penonton di Malaysia. "Saya harap penonton dapat kepuasan selepas menonton sendiri hasil dan kerja keras kami semua menerusi The Prosecutor," katanya kepada mStar. Donnie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media secara atas talian pada Rabu. Donnie berkongsi perkara itu ketika ditermui pada sidang media secara atas talian pada Rabu. Dalam pada itu, Donnie memberitahu filem itu bukan sekadar hiburan sebaliknya ia adalah paparan kisah sebenar. Kata Donnie, dia mengambil masa selama setahun menyiapkan filem tersebut bagi memastikan dapat memberi hasil terbaik kepada penonton. "Kehadiran saya bukan hanya di hadapan kamera tetapi saya juga terlibat secara langsung dalam setiap aspek produksi filem ini. "Ini adalah cara bagi saya memastikan semua standard diikuti dan kekuatan naratif dapat disampaikan dengan baik. ARTIKEL BERKAITAN: Hormati isteri... Donnie Yen tolak adegan ranjang, malu jika anak-anak tonton ARTIKEL BERKAITAN: Donnie Yen, Andy Lau Penyelamat ‘Chasing The Dragon’ "Saya percaya ini adalah tanggungjawab seorang pelakon dan pengarah yang komited dalam memastikan kepuasan kepada penonton," jelasnya. Tampil dengan lakonan sarat dengan babak aksi, Donnie menegaskan usia bukanlah penghalang mempamerkan prestasi lakonan cemerlang. "Walaupun ada kalanya saya mudah berasa letih namun cinta terhadap kerja ini membakar semangat saya. "Saya ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa semangat tidak mengenal usia," jelasnya. Usia bukan penglang buat Donnie melakonkan watak aksi. Selain Donnie, The Prsecutor turut menampilkan barisan pelakon hebat Hong Kong seperti Julian Cheung, Michael Hui, Francis Ng, Pak Hon Chu dan Kent Cheng. Filem itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Disember ini. The Prosecutor mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang menyiasat kes membabitkan seorang banduan yang berdepan tuduhan mengedar dadah. Percaya tertuduh tidak bersalah, Donnie kemudiannya berjaya membongkar rancangan jahat sekumpulan peguam yang cuba menutup kes tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!