DIILHAMKAN daripada kisah benar insiden kerasukan sekumpulan remaja, filem seram dari Taiwan berjudul Gala pasti membuatkan penonton tak senang duduk. Jangan tak percaya, ada yang tak dapat menahan perasaan takut sehingga termuntah ketika tayangannya di Taiwan baru-baru ini. Penerbitnya iaitu Steven Liu memberitahu respon penonton itu membuktikan filem ini berbeza dengan karya seram lain kerana mengetengahkan elemen serta visual ekstrem yang menakutkan. Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat. "Jalan ceritanya berkenaan eksplorasi di sebuah resort dan secara sekumpulan kawan-kawan ini terbabit dengan insiden ghaib yang berlaku di kenting, Taiwan. "Ia berdasarkan kisah benar dan menambahkan elemen seram filem tersebut. "Filem ini mengandungi unsur menyeramkan seperti pemujaan, rasuk dan ritual yang digabungkan dengan trend terkini seperti penstriman langsung," katanya. Filem diarahkan oleh Zeng Da Heng tersebut dibintangi barisan pelakon handalan Taiwan seperti Mavis, Chu Xu, Li En You dan Hsu Hao Hsiang. ARTIKEL BERKAITAN: Drama pendek popular di YouTube diangkat jadi filem, ‘Syif Malam’ papar kisah gangguan seram di tempat kerja ARTIKEL BERKAITAN: ‘Khong-Khaek: The Djinn's Curse’ filem seram Islamik pertama Thailand, kisah benar isteri pengarah diganggu jin Selain jalan cerita menarik, Gala turut merangsang ketakutan penonton menerusi kesan khas dan solekan seperti wajah serta mulut terkoyak. Bercerita pengalaman menjadi tunjang utama filem ini, Mavis memberitahu penghasilan setiap adegan rasuk tidak mudah selain melalui proses yang panjang. Pun begitu, Mavis berpuas hati dengan kualiti lakonan serta penjiwaan dizahirkan dalam Gala sehingga ada menggelarnya 'ratu kerasukan'. "Dalam filem itu ada adegan wajah saya menjadi cacat hasil dicat dengan lebih 20 batang gigi busuk menutupi seluruh muka untuk mendapatkan hasil trypophobia yang menakutkan," jelasnya. Filem ini menggabungkan elemen seram seperti kerasukan, pemujaan dan ritual. Gala mengisahkan tentang sekumpulan live streamer yang taksub mengejar populariti dan pengikut dengan apa cara sekali pun. Disebabkan itu mereka memberanikan diri menerjah kawasan yang dikatakan 'keras' demi meraih penonton dan 'likes' di media sosial. Malangnya penggembaraan mereka di sebuah resort bertukar tragedi apabila kesemua mereka dirasuk sehingga membuatkan keadaan bertukar cemas. Selepas kejayaan tayangan di Taiwan, penonton di Malaysia berpeluang menonton filem berkenaan di pawagam bermula 28 November 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!