suria

Syafiq Yusof teliti hasilkan ‘Soloz: Game of Life’, papar realiti kehidupan ‘gamers’

Syafiq (kanan) beri sentuhan berbeza dalam filem terbaharunya.

BERANI menyahut cabaran, pengarah Syafiq Yusof teliti dalam penghasilan filem terbaharu berjudul Soloz: Game of Life memandangkan ia genre berbeza dengan filem-filem pernah diarahkan sebelum ini.

Mengetengahkan elemen e-sukan, Syafiq, 33, memberi fokus kepada aspek teknikal permainan video supaya apa ditampilkan menunjukkan realiti sebenar kehidupan seorang gamers atau pemain penstriman.

Malah paparan kisah Soloz yang merupakan seorang ikon dunia penstriman juga menjadi filem ini sebagai satu karya inspirasi kepada ramai anak muda.

soloz 4

Hun sebagai watak utama dalam Soloz: Game of Life.

"Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjalanan seorang remaja dikenali sebagai Soloz dalam menghadapi cabaran dan liku hidup sebagai pemain e-sukan profesional. Filem ini mengeksplorasi cita-cita anak muda, semangat setia kawan dan kasih sayang ibu bapa.

"Diharapkan filem ini dapat menginspirasi dan membuka mata masyarakat terhadap potensi besar dalam industri e-sukan, serta kepentingan sokongan keluarga terhadap minat dan cita-cita anak-anak dalam bidang yang mungkin dianggap baharu atau luar biasa," ujarnya.

Bagi memastikan setiap babak lebih terperinci, Syafiq bekerjasama dengan syarikat pengendali permaian atas talian iaitu Moonton agar memathui setiap garis panduan yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Papar kisah benar penuh aksi, Donnie Yen kembali dengan The Prosecutor

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton menggigil sampai termuntah sebab takut, ‘Gala’ mampu buat penggemar filem seram tak senang duduk

Memilih kisah Soloz sebagai jalan cerita, filem ini bukan tidak hanya memberi fokus kepada dunia penstriman.

Namun ia juga membawa mesej yang pelbagai termasuk memberi inspirasi tentang bagaimana Soloz berani memulakan kerjaya dalam bidang ini sehingga menjadi seorang pemain profesional.

Selaku penerbit Key Billions Sdn Bhd, Rahila Ali memberitahu karya ini juga mampu mengapuskan stigma masyarakat yang menganggap dunia e-suka tidak membawa manfaat.

Filem ini mengeksplorasi cita-cita anak muda, semangat setia kawan dan kasih sayang ibu bapa

SYAFIQ YUSOF

PENGARAH

"Pencapaian dan kejayaan Soloz dalam dunia permainan video sememangnya telah mengubah persepsi dan stigma ibu bapa terhadap permainan video, yang dahulunya sering dianggap sebagai aktiviti tidak berfaedah dan membuang masa," jelasnya.

Filem ini menampilkan Hun Haqeem sebagai watak utama yang berperanan membawa karakter Soloz dalam perjalanan memulakan kerjaya dalam bidang e-sukan.

Bukan hanya berlakon Hun juga turut terlibat sebagai penyanyi runut bunyi filem ini berjudul Untuk Semua Jiwa yang juga merupakan kolaborasi bersama penyanyi Noki.

soloz 2

Noki dan Hun turut berkolaborasi menyanyi OST filem ini.

Baginya lagu tersebut juga secara dasar telah menggambarkan perjalanan hidup Soloz sendiri selain memberi mesej semangat buat pendengar.

"Lagu ini menggambarkan cerita Soloz: Game of Life dengan sangat baik. Ia bukan sekadar tentang menjadi juara berseorangan, tetapi juara untuk semua. Ini adalah satu mesej penting dalam kehidupan," ujarnya.

Selain Hun dan Noki filem ini turut dibintangi oleh Fimie Don, Kahoe Hon, Nia Atasha, Ezra Kairo, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Arash Mohamad, Anne Abdullah selain penampilan istimewa Datuk Remy Ishak.

Ia bakal memulakan tayangan di seluruh pawagam pada 23 Januari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain