suria

Chong Wei keracunan makanan, terkeluar awal pada Terbuka India

HYDERABAD: Datuk Lee Chong Wei yang mengalami keracunan makanan tewas pada pusingan pertama kejohanan Terbuka India Yonex Sunrise 2009 di Stadium Gachibowli di ibu negeri Andhra Pradesh, di sini pagi ini. Pemain nombor satu dunia itu terpaksa tunduk kepada pemain bukan pilihan dari China, Chen Long 217, 1621, 1821.

"Saya mengalami keracunan makanan yang membuatkan saya merasa lemah, Saya dapat bermain dengan baik pada set pertama tetapi tidak dapat meneruskan rentak pada setset seterusnya kerana merasa lemah.

"Walaupun Chen pemain muda, tetapi dia bermain dengan baik hari ini," kata Chong Wei yang kelihatan kepenatan kepada Bernama. Chong Wei yang bermain rali panjang dan membuat banyak pukulan smash, menang mudah pada set pertama, tetapi kelihatan gugup pada setset seterusnya.

"Saya akan kembali semula ke Hyderabad untuk Kejohanan Dunia nanti. Sementara itu saya akan menumpukan perhatian seterusnya kepada kejohanan Piala Sudirman pada Mei ini," katanya.

Dalam acara perseorangan lain, pemain negara Lee Tsuen Seng, selaku pilihan kelapan kejohanan menang mudah ke atas pemain tuan rumah, J.B.S. Vidyadhar 2115, 2114.

Mohd Roslin Hashim turut menewaskan seorang lagi pemain tuan rumah C.M. Sashidhar 2114, 2111, diikuti kejayaan adiknya Mohd Hafiz Hashim yang juga menewaskan pemain India, B. Summeth Reddy 2111, 2112. BERNAMA

Artikel Lain