Lyon 0 Bayern Munich 3 (Olic 26, Olic 66, Olic 77)BAYERN Munich menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Eropah dengan penuh bergaya apabila mereka menewaskan Lyon 3-0 di tempat lawan sekaligus mencatatkan kemenangan agregat 4-0. Hero Bayern dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi ialah penyerang Croatia Ivica Olic yang menjaringkan ketiga-tiga gol tersebut.Olic menyifatkan prestasinya dalam perlawanan itu sebagai yang terbaik pernah ditunjukkannya sepanjang karier beliau sebagai pemain profesional.Manakan tidak. Jaringan hatriknya telah membawa Bayern Munich ke perlawanan akhir untuk pertama kalinya sejak 2001."Untuk menang sudah cukup mengujakan tetapi untuk menjaringkan tiga gol dalam peringkat ini tidak mungkin akan dapat saya lupakan," ujarnya.Bagaimanapun kegirangan Bayern telah dicemari dengan berita daripada Ibu Pejabat UEFA yang memutuskan untuk mengantung penyerang mereka Franck Ribery tiga perlawanan yang akan menyaksikan pemain itu terlepas bermain dalam perlawanan akhir nanti.Ribery digantung sebanyak tiga perlawanan kerana telah mengasari pemain Lyon pada perlawanan pertama separuh akhir Rabu lepas.Lyon: Hugo Lloris, Cristiano Gomez Cris, Jean-Alain Boumsong, Anthony Reveillere, Aly Cissokho (Bafetimbi Gomis, 46), Michel Bastos, Jean Makoun, Cesar Fabian Delgado (Miralem Pjanic, 67), Maxime Gonalons, Lisandro Lopez (Honorato Campos Ederson, 79), Sidney Govou.Bayern Munich: Hans-Jorg Butt, Daniel van Buyten (Martin Demichelis, 46), Philipp Lahm, Diego Contento, Holger Badstuber, Hamit Altintop, Arjen Robben (Miroslav Klose, 76), Mark van Bommel, Bastian Schweinsteiger (David Alaba, 79), Ivica Olic, Thomas Muller.