suria

Clijsters Pertahan Gelaran Juara Terbuka AS

Reaksi Clijsters selepas memenangi final Terbuka AS buat kali ketiga.
Reaksi Clijsters selepas memenangi final Terbuka AS buat kali ketiga.
Reaksi Clijsters selepas memenangi final Terbuka AS buat kali ketiga.

JUARA bertahan, Kim Clijsters merangkul trofi ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain dari Rusia, Vera Zvonareva 6-2, 6-1.

Pemain berusia 27 tahun itu kini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan di Flushing Meadows termasuk muncul juara pada 2005 dan 2009 walaupun bergelut dengan kecederaan serta berehat panjang selama tiga tahun.

"Ia tahun yang menakjubkan apabila kembali beraksi pada Terbuka AS dan mempertahankan gelaran juara buat pertama kalinya.

"Saya percaya pengalaman sedikit sebanyak membantu saya. Zvonareva banyak melakukan peningkatan. Dia perlu berusaha lebih keras pada masa akan datang," kata Clijsters.

Bagi Zvonareva, kemaraan ke final Terbuka AS merupakan kejayaan keduanya berturut-turut dalam kejohanan Grand Slam setakat ini.

Clijsters menamatkan saingan dengan melakukan pukulan forehand sekali gus menjadi wanita pertama untuk memenangi kejohanan itu berturut-turut selepas Venus Williams pada 2001.

"Kim beraksi dengan baik hari ini. Dia lebih layak untuk menang," ujar Zvonareva dengan penuh emosi di hujung perlawanan.

Artikel Lain