suria

Bekas Pemain Bola Sepak Terkenal Singapura Meninggal

SINGAPURA: Dollah Kassim, bekas pemain bola sepak terkenal Singapura pada tahun-tahun 70-an meninggal dunia di rumahnya di sini, Khamis, lapor media tempatan.

Dollah yang lahir pada 13 Mac 1949, berusia 61 tahun.

Allahyarham meninggal dunia setelah kira-kira setahun berada dalam keadaan koma selepas diserang sakit jantung ketika bermain dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antara bekas-bekas pemain Malaysia dan Singapura di sini pada 4 Oktober tahun lalu.

Dollah dikatakan berperanan penting dalam membantu pasukan republik ini menjulang Piala Malaysia pada tahun 1977 setelah Singapura berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang 3-2.

Allahyarham digelar "Raja Gelek" oleh peminatnya di sini kerana kepandaiannya mengawal bola dan boleh mengelecek empat hingga lima pemain lawan apabila membawa bola. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain