PENYERANG Liverpool, Fernando Torres (gambar) disahkan cergas untuk bertemu Everton di Goodison Park, Ahad.Pemain kebangsaan Sepanyol itu bergelut dengan regangan otot ketika tewas 1-2 kepada Blackpool, 3 Oktober lalu yang menimbulkan keraguan bahawa dia mungkin tidak beraksi pada perlawanan penting berkenaan. Kehadiran pemain berusia 26 tahun itu membawa khabar gembira buat pengurus Roy Hodgson yang turut kehilangan pemain bek kiri, Paul Konchesky akibat kecederaan hamstring ketika terikat 2-2 dengan Sunderland bulan lalu.Bagaimanapun, penyerang Dirk Kuyt terpaksa berehat tiga hingga empat minggu akibat kecederaan buku lali yang diperolehi ketika menjalani tugas antarabangsa."Konchesky semakin pulih dan Torres akan kembali beraksi. Dia perlu kerap beraksi untuk mencapai prestasi maksimum selepas berehat panjang akibat kecederaan," ujarnya.