NEW DELHI: Beregu utama negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong menyumbang pingat emas untuk Malaysia dalam acara badminton beregu lelaki pada hari terakhir Sukan Komanwel ke-19 di sini, Khamis.Mereka menewaskan pasangan England James Roberston dan Anthony Clark 21-19, 21-14 di Kompleks Sukan Sri Fort di sini, untuk menyumbang emas ke-12 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini. - BERNAMA