NEW DELHI: Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel 2010 apabila menewaskan pemain England Rajiv Ouseph pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di sini, Khamis.Chong Wei, pemain badminton nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan lawannya yang menduduki ranking ke-17 dunia, 21-10, 21-8, dalam perlawanan berat sebelah di Kompleks Sukan Sri Fort di sini. Chong Wei, 27 mengambil masa hanya 26 minit untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Komanwel Melbourne 2006. - BERNAMA