KUALA LUMPUR: Jaguh negara Danny Chia, wakil tunggal negara dalam cabaran akhir Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2011, menamatkan saingan dengan empat di atas par 76 pada pusingan akhir di sini Ahad.Memulakan saingan dari sembilan lubang kedua, Chia tertikat di tempat ke-20 selepas pusingan ketiga semalam tetapi gagal mengekalkan rentak dan tercicir untuk berkongsi kedudukan 41 pada pusingan akhir. "Perasaan saya campur aduk kerana ingat dapat beraksi lebih baik tetapi tidak kesampaian dengan cara pukulan saya. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengadu kerana menamatkan saingan dengan satu di bawah par," kata Chia yang mengumpul 287 pukulan dalam empat pusingan.Katanya peluang beraksi satu kelompok bersama dua bintang dunia, juara Masters, Charl Schwartzel dan juara Terbuka Britain, Louis Oosthuizen akan memberi inspirasi kepada dirinya untuk menonjol pada pertandingan Jelajah Asia."Terbuka Malaysia adalah lengkung pembelajaran bagi diri saya khususnya beraksi dengan dua juara pada dua hari lalu. Saya banyak belajar daripada mereka," kata Chia.Dalam pada itu, 13 pemain profesional tempatan dan six pemain amatur tempatan gagal layak ke dua pusingan terakhir manakala R. Nachimuthu dan A. Sasar berundur daripada saingan itu. - BERNAMA