KUALA LUMPUR: Venue perlawanan akhir bola sepak Piala FA ntara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan hanya kan diketahui selewat-lewatnya minggu ini, kata Setiausaha Agung Persatuan olasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.Beliau berkata pemilihan venue untuk perlawanan akhir itu akan diputuskan dalam mesyuarat majlis jawatankuasa FAM dalam waktu terdekat. "Ia masih dalam perbincangan. Kita pasti akan tentukan perlawanan akhir Piala FA pada Jumaat ataupun selewatnya dalam minggu ini," katanya.Ditanya sama ada pemilihan venue akan melibatkan di Kelantan ataupun Terengganu, beliau berkata perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tersebut tidak mampu menampung jumlah penonton pada perlawanan akhir.Perlawanan itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk ketika Stadium Nasional di Bukit Jalil masih dalam proses penyelenggaraan.Sekiranya FAM berhasrat untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai venue akhir perlawanan tersebut, badan itu perlu mencari RM500,000 untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek di stadium itu.Ini kerana stadium itu baru menjalani proses baik pulih trek dalam bulan ini dan telah beberapa kali tertangguh.Kali terakhir penangguhan kerja pembaikan adalah untuk memberi laluan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Piala AFF Suzuki penghujung tahun lalu.Selain menggunakan stadium tersebut untuk perlawanan akhir Piala FA, FAM juga berhasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad kebangsaan menentang tiga kelab Liga Perdana Inggeris - Chelsea, Liverpool dan Arsenal pada Jun dan Julai ini.-BERNAMA