KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan menggunakan khidmat 350 sukarelawan dari beberapa universiti di sekitar Lembah Klang bagi membantu melancarkan penganjuran Sukan Malaysia ke-14, bulan depan.Timbalan pengerusi jawatankuasa pengelola sukan itu, Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata jumlah itu tidak termasuk 650 sukarelawan yang dilantik sendiri oleh Jawatankuasa Teknikal. "MSN akan cuba meminimumkan jumlah sukarelawan selaras dengan bajet kecil sebanyak RM8.5 juta bagi mengurus 3,336 atlet dalam 19 acara sukan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.Pada edisi ke-13 di Melaka tahun lepas, seramai 2,500 sukarelawan terbabit dalam temasya itu dengan jumlah 9,000 atlet dan 34 jenis sukan.- BERNAMA