PENJAGA gol Atletico Madrid David de Gea menjalani ujian perubatan di Manchester United pada tengah hari Isnin.De Gea, 20, telah lama dijangka menyarung jersi Red Devils. Berikutan kejayaan kempennya dalam Kejohanan Eropah bawah 21-tahun, ini pastinya memuktamadkan perpindahannya ke Old Trafford dengan kos perpindahan kira-kira £17.8 juta. Penjaga gol Liverpool Pepe Reina memberitahu La Gaceta: "Saya sangat mengalu-alukan berita ini keranan David ialah seorang penjaga gol yang hebat."Apabila semua urusan perpindahan selesai, dia akan mula berlatih dan membuktikan betapa hebatnya dia dalam Liga Perdana Inggeris."De Gea direkrut untuk menggantikan Edwin van der Sar, yang bersara pada musim lalu selepas berkhidmat selama enam tahun di Old Trafford.Van der Sar memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga.