suria

Sneijder Bukan Untuk Dijual : Branca

Sneijder menjadi sasaran pasukan Manchester United.
Sneijder menjadi sasaran pasukan Manchester United.
Sneijder menjadi sasaran pasukan Manchester United.

PENGARAH Teknikal Inter Milan, Marco Branca menegaskan kepada Manchester United bahawa Wesley Sneijder bukan untuk dijual dan tidak ada penawaran rasmi yang diterima dari kelab itu.

Sneijder menjadi sasaran United bagi musim baru ini bersama seorang lain pemain Inter yang tidak disebut namanya.

“Tiada apa yang terbaru dan bukan perkara pelik jika Sneijder menjadi rebutan oleh semua kelab. Namun, sehingga kini kami tidak menerima sebarang tawaran rasmi, dan kami tidak menunggu sebarang penawaran.

“Kami tahu apa yang kami lakukan dan tiada ada sebarang perjumpaan yang dirancangkan dengan agennya. Sneijder bukan untuk dijual,” tegasnya.

Sementara itu, Inter berhajat untuk mendapatkan penyerang Genoa, Rodrigo Palacio namun menafikan Goran Pandev tidak bersetuju untuk perjanjian pertukaran pemain ini.

“Memang betul kami ada berbincang mengenai Palacio, tetapi Goran tidak menolak apa-apa kerana kami tidak pernah meminta dia meninggalkan kelab ini,” katanya.

Manakala Branca turut mengesahkan telah menandatangani kontrak bersama pemain pertahanan Santos, Jonathan.

“Kami telah menilai Jonathan, jadi dia mungkin akan turun menjalani latihan pra musim dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel Lain